Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal mengenai Bahan Penipis Lapisan Ozon di bawah Konvensyen Vienna bagi Perlindungan Lapisan Ozon. Instrumen bagi ratifikasi ini telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpusat di New York, Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2020 melalui Kementerian Luar Negeri.

Ratifikasi ini menunjukkan komitmen negara dalam melindungi alam sekitar khususnya lapisan ozon dalam menangani perubahan iklim. Pindaan Kigali ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Sehingga kini, 110 buah negara telah meratifikasi pindaan tersebut termasuk Malaysia.

Kenyataan-Media-Malaysia-Ratifikasi-Pindaan-Kigali