Peraturan

Peraturan kepada Pengguna Luar

  • Pengguna luar mestilah mendaftar nama terlebih dahulu di Buku daftar pengguna sebelum membuat sebarang rujukan.
  • Pengguna luar perlu memberikan   kad keahlian / kad pelajar / Pas Jabatan kepada pegawai yang bertugas dikaunter sebelum akses ke perpustakaan.
  • Pen dan kertas sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke Perpustakaan.
  • Membenarkan pegawai bertugas memeriksa ketika masuk / keluar dari Perpustakaan.
  • Telefon bimbit, pager dan sebarang yang berkaitan dengannya hendaklah dimatikan sebelum masuk ke perpustakaan.
  • Hendaklah  berpakaian  formal dan bersopan santun bila berada di Perpustakaan.
  • Pinjaman buku tidak dibenarkan sama sekali kecuali organisasi yang menyertai skim pembekalan penerbitan.
  • Buku-buku perpustakaan tidak boleh dibawa keluar kecuali mendapat kebenaran dari pegawai bertugas.
  • Meletakkan buku di atas troli selepas digunakan.
  • Pengguna luar juga tidak dibenarkan mengalihkan buku dari rak asal ke rak lain.
  • Bagi kes yang melibatkan kecurian buku akan menyebabkan keahlian digantung selama 6 bulan.  Sekiranya kesalahan yang sama diulangi maka pihak pengurusan perpustakaan berhak menamatkan keahlian dengan serta merta.
  • Pegawai perpustakaan yang bertugas berhak meminta pengguna keluar dari perpustakaan jika didapati tidak berpakaian  kemas atau menimbulkan kekacauan.
  • Pencarian maklumat boleh menggunakan  Sistem OPAC ( Online Public Access Cataloging ) yang disediakan.
  • Sekiranya didapati pengguna luar telah melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan maka pihak pengurusan Perpustakaan boleh dengan serta merta mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu tersebut.

Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan Dibawa Masuk

  • Beg Besar
  • Topi Keledar
  • Makanan dan Minuman
  • Gunting
  • Suratkhabar, buku teks sekolah dan majalah persendirian
  • Kaset, video, disket, cakera padat
  • Mata pisau
  • Payung
  • Kamera

*  Kemudahan tempat meletak barang ada disediakan.

Pengguna Luar Di Larang

  • Menggunakan telefon bimbit
  • Walkman
  • Wawancara dalam perpustakaan
  • Mengoyak, memotong, menconteng buku, majalah dan membawa keluar bahan tanpa kebenaran.
  • Bercakap kuat dan membuat bising hingga menggangu pengguna lain.
  • Mempamer, mengedar, melekatkan atau menampal apa-apa bil, notis atau iklan di dalam dan luar perpustakaan.
  • Makan / minum
  • Tidur
  • Merokok
  • Meludah

*  Peraturan-peraturan ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.