• Bahasa Lain

Perkhidmatan Teras

Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa sepertiVienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan seperti berikut:

Fungsi Utama Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat

  • Merangka strategi dan hala tuju tindakan penguatkuasaan serta sasaran pematuhan bagi premis-premis punca tetap dan punca-punca bergerak.
  • Mengurus dan mengendalikan kes-kes aduan pencemaran alam sekitar.
  • Mengurus dan menganalisa data-data berkaitan tindakan penguatkuasaan.
  • Merancang, merangka dan melaksanakan program pengauditan pegawai-pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS).
  • Merancang, merangka dan melaksanakan program pengauditan pematuhan premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS).

Fungsi Utama Bahagian Udara Ibu Pejabat

Fungsi utama Bahagian Udara adalah untuk memastikan kualiti udara sentiasa bersih dan terpelihara bagi kesejahteraan hidup rakyat.

Fungsi Utama Bahagian Air dan Marin Ibu Pejabat

Menyelaras dan memantau program penguatkuasaan pencemaran marin dan kawalan tumpahan minyak; mengawalselia dan memantau program pengawasan kualiti air sungai, air tanah dan marin serta pengurusan data pengawasan dan pelaporan; melaksana kajian sungai serta memantau program pencegahan dan kawalan pencemaran air daratan (termasuk punca tetap dan punca tidak tetap);dan mengurus hal-ehwal hubungan luar mengenai pemeliharaan alam sekitar marin.

Fungsi Utama Bahagian Bahan Berbahaya Ibu Pejabat

  • Merancang dan melaksanakan strategi pengurusan bahan/ buangan berbahaya.
  • Menggubal peraturan, garispanduan, dan Peraturan Tetap Operasi (SOP) mengenai buangan terjadual/benda berbahaya dan tanah tercemar.
  • Melaksana dan mematuhi obligasi Konvensyen Antarabangsa mengenai bahan/buangan berbahaya.
  • Mengawalselia lesen pengolahan dan perlupusan buangan terjadual.
  • Mengkoordinasi operasi tindakan pengurusan pelupusan haram buangan terjadual.
  • Merancang dan melaksanakan rangka kerja pengurusan tanah tercemar.
  • Merancang, mengurus dan mengawal EHS.

Fungsi Utama Bahagian Penilaian Ibu Pejabat

Melaksanakan undang-undang berkaitan Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987.

Fungsi Utama Bahagian Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar Ibu Pejabat

Merancang, mengenalpasti dan membangunkan strategi dan kaedah program promosi kesedaran alam sekitar yang berkesan kepada orang awam, industri, golongan belia, wanita, NGO dan Persatuan Pekerja.

Fungsi Utama EiMAS termasuk Unit Teknologi Bersih (UTB)

Mengenalpasti keperluan, merekabentuk dan melaksanakan program latihan dalam Jabatan agensi lain yang berkaitan serta sektor industri.

Fungsi Utama Pejabat-pejabat JAS Negeri

  • Melaksanakan program penguatkuasaan AKAS 1974 dan peraturan-peraturan yang digubal dibawahnya.
  • Memulihara dan mempertingkatkan kualiti alam sekeliling.
  • Mengawas dan mengawal pencemaran udara dari kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemaju pembangunan.
  • Memberi input dan nasihat kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam perancangan projek pembangunan.
  • Menjalankan siasatan aduan pencemaran alam sekitar.
  • Memproses laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

February 21, 2017 @ 12:00 am

DOE Leaf