• Bahasa Lain

Majlis Kualiti Alam Sekeliling

Majlis ini merupakan satu badan yang diperuntukkan penubuhannya di bawah Seksyen 4(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 (Pindaan) 2012 yang berperanan untuk memberi pandangan, nasihat, cadangan penambahbaikan dan syor-syor kepada Menteri berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujukkannya kepadanya oleh Menteri.

Majlis ini turut dianggotai oleh 10 orang wakil dari pelbagai kementerian yang berkaitan, wakil Kerajaan Sabah dan Sarawak, wakil industri petroleum, wakil industri kelapa sawit, wakil industri getah, wakil persekutuan pekilang-pekilang, wakil kakitangan akademik dan wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Pelantikan ahli Majlis ini adalah selama tiga (3) tahun bermula pada 1 Jun 2019 sehingga 31 Mei 2022. Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) untuk penggal ke-16 telah melantik YBhg. Dato’ Dr Nadzri bin Yahaya sebagai Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) untuk penggal ke-16.

Dalam mesyuarat EQC Bilangan 1 Tahun 2019. Enam (6) kertas cadangan telah dibentangkan melibatkan perkara-perkara seperti penggubalan semula Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pemakaian Standard Kualiti Air Marin Malaysia, pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, cadangan pindaan kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) dan pengurusan buangan terjadual.

Senarai keahlian EQC klik di sini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

May 29, 2020 @ 9:50 am

DOE Leaf