• Bahasa Lain

Soalan Lazim

Soalan 1: Apakah latar belakang penubuhan Jabatan Alam Sekitar (JAS)?

Jawapan:

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai  Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar  pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali  sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada 15 April 1975.

Soalan 2: Apakah bidang tanggungjawab JAS?

Jawapan:

Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.  JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa sepertiVienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan. Rujuk perkhidmatan teras JAS untuk maklumat lanjut.

Soalan 3: Apakah Visi JAS ?

Jawapan:

Pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat.

Soalan 4: Apakah Misi JAS

Jawapan:

Memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan negara.

Soalan 5: Berapakah Bahagian/Unit yang berada di bawah JAS (Ibu Pejabat) ?

Jawapan:

Terdapat 11 Bahagian/Unit di bawah JAS Ibu Pejabat iaitu:

  • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Bahagian Penguatkuasaan
  • Bahagian Bahan Berbahaya
  • Bahagian Udara
  • Bahagian Air & Marin
  • Bahagian Penilaian
  • Bahagian Komunikasi Strategik
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
  • Unit Industri Hijau
  • Unit Undang-Undang

Soalan 6: Bagaimanakah cara untuk menghubungi JAS sekiranya kami ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan?

Jawapan:

Aduan mengenai pencemaran alam sekitar boleh dibuat secara bertulis, panggilan telefon atau datang ke Pejabat-Pejabat JAS Negeri berkenaan. Untuk makluman, Bilik Operasi Ibu Pejabat JAS, Putrajaya beroperasi 24 jam.”

Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Precint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Talian Aduan: 03-8889 1972
Hotline: 1-800-88-2727
Talian Umum (Mendapatkan maklumat & Menghubungi Kakitangan JAS)
Telephon: 03-8871 2000 / 2200
Faks: 03-8889 1973/75

  1. Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
    Fax : 03-8889 1036
  2. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar
    Fax : 03-8889 4020
  3. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar
    Fax : 03-8889 1039
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

April 29, 2017 @ 12:00 pm

DOE Leaf