PIAGAM PELANGGAN

“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

“Kami semua adalah peka, prihatin dan sentiasa mengkaji semula setiap peruntukan undang-undang, peraturan, kaedah, piawaian, prosedur dan budaya kerja kami supaya tidak menjejaskan atau membawa kepada kesan-kesan negatif kepada pertumbuhan pembangunan yang berterusan;malah kami akan membawa pelbagai pembaharuan yang mungkin, untuk bersama-sama mencapai matlamat menerusi piagam pelanggan berikut:”

  • Keputusan permohonan Kebenaran Bertulis untuk membina Premis-Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
  • Keputusan ke atas Laporan EIA Jadual 1 yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 5 minggu.
  • Keputusan ke atas Laporan EIA Jadual 2 yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 12 minggu.
  • Keputusan Permohonan Penilaian Awal Tapak bagi pembinaan kilang baru dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan lesen baru bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual
    dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan pengeksportan buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 hari setelah menerima persetujuan daripada negara pengimport dan negara transit.
  • Keputusan permohonan mengimport buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
  • Keputusan permohonan untuk mengimport dan mengeksport bahan kimia yang dikawal di bawah Konvensyen Rotterdam dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
  • Keputusan permohonan pengurusan khas buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
  • Keputusan permohonan lesen baru kilang getah asli mentah dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang getah asli mentah dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan lesen baru kilang kelapa sawit dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
  • Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang kelapa sawit dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
  • Keputusan permohonan kelulusan jenis (type approval) bagi kenderaan berenjin petrol, diesel dan motorsikal dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
  • Akuan penerimaan dikeluarkan pada hari yang sama aduan diterima. Pengadu diberi maklum balas status aduan berkenaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
  • Layanan kepada semua pelawat diberikan dengan serta merta atau selewat-lewatnya dalam tempoh 5 minit dengan penuh hormat dan bersopan santun.
  • Semua temujanji dengan pegawai adalah menepati masa. Temujanji yang perlu dipinda masa akan dimaklumkan dan tetamu akan diberi bahan-bahan bacaan terbitan JAS sementara menunggu.
  • Maklumat data kualiti udara, air dan marin yang dipohon secara bertulis dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan diterima.
  • Semua pungutan hasil diuruskan segera dan resit dikeluarkan serta-merta.
  • Bayaran bil dan tuntutan dibuat dalam tempoh 14 hari.