• Bahasa Lain

Permohonan Mendapatkan Data Alam Sekitar

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN DATA 

1. PROSIDUR PERMOHONAN DATA

1.1 Prosedur yang perlu diikuti oleh pemohon untuk memohon data:

  • Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan data yang telah disediakan dan mengisi maklumat data-data yang dipohon. Contoh borang adalah seperti di LAMPIRAN 1.1 & LAMPIRAN 1.2
  • Borang permohonan yang telah diisi perlu dilampirkan bersama surat pengesahan daripada Jabatan masing-masing atau daripada pihak universiti atau surat lantikan kerajaan yang berkaitan.
  • Kaedah serahan borang terpulang kepada pemohon samada (a) serahan tangan; atau (b) serahan melalui e-mail bersama dokumen sokongan yang diimbas (scan).
  • Data akan disediakan mengikut kehendak pemohon dan akan diperiksa terlebih dahulu oleh pegawai terlibat. Ketua Penolong Pengarah akan memberi kelulusan permohonan data kepada pemohon.
  • Jangka masa data disediakan adalah dalam masa 10 hari bekerja sebagaimana ditetapakan di dalam Piagam Pelanggan.
  • Setiap permohonan susulan daripada pemohon yang sama dianggap sebagai permohonan baru dan perlu mengikut semula prosedur permohonan pemberian data. Pemohon juga perlu sertakan satu salinan laporan atau dokumen yang berkaitan dengan menggunakan data terdahulu sebelum membuat permohonan baru. Carta alir prosedur permohonan seperti di dalam LAMPIRAN 2.
  • Data-data akan dihantar sama ada melalui e-mail atau serahan tangan kepada pemohon. Data tidak akan dihantar melalui pos kepada pemohon.

1.2 Tanggungjawab pegawai pemprosesan data:

  • Setiap pegawai pemprosesan data bertanggungjawab terhadap data yang akan diberikan kepada pihak luar.
  • Pegawai pemprosesan data akan menyediakan data seperti yang diisi di dalam borang permohonan setelah diberi kelulusan.
  • Ketua Penolong Pengarah akan memberi kelulusan permohonan data kepada pemohon.
  • Kelulusan akan diberikan bergantung kepada jenis data dan kapasiti data yang dipohon.
  • Sila lihat carta aliran proses permohonan data seperti di LAMPIRAN 2.

 

2. KAEDAH KAWALAN PERMOHONAN: SYARAT-SYARAT DIKENAKAN KEPADA PEMOHON

2.1 Di antara syarat-syarat dan had dalam pemberian jawapan kepada pemohon:

  • Data hanya boleh diberikan kepada agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pelajar dan perunding swata yang dilantik oleh kerajaan untuk tujuan kajian.
  • Bagi perunding swasta yang tidak dilantik oleh kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan, hanya laporan EQR yang telah diterbitkan sahaja yang boleh diberi.
  • Setiap permohonan data yang diminta perlu disertakan surat pengesahan dari Jabatan masing-masing atau surat lantikan daripada kerajaan.
  • Data yang masih belum diterbitkan di dalam Environmental Quality Report (EQR) tidak boleh diberikan kepada mana-mana pihak.
  • Pihak Jabatan Alam Sekitar berhak untuk tidak memberikan semua data yang diminta.
  • Jabatan Alam Sekitar hanya membekalkan data-data mentah, senarai stesen persampelan dan peta stesen yang ada di dalam simpanan Jabatan sahaja.
  • Setiap permohonan susulan daripada pemohon yang sama dianggap sebagai permohonan baru dan perlu mengikut semula prosedur permohonan pemberian data. Pemohon juga perlu sertakan satu salinan laporan atau dokumen yang berkaitan dengan menggunakan data terdahulu sebelum membuat permohonan baru.

2.2 Tanggungjawab pemohon terhadap data yang dimohon:

  • Jabatan Alam Sekitar berhak untuk meminta pemohon melaporkan status data yang telah diberikan.
  • Jabatan Alam Sekitar berhak untuk meminta satu laporan berkaitan dengan data yang telah diberikan.
  • Jabatan Alam Sekitar berhak untuk meminta pemohon berkongsi maklumat dan hasil daripada penggunaan data yang telah diminta.
  • Setiap pemohon perlu bertanggungjawab terhadap data yang telah diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar.
  • Data-data tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada apa yang telah ditetapkan di dalam borang permohonan melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan.
  • Pemohon adalah bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan berkaitan dengan penilaian data, penafsiran, cara laporan dibuat, penyampaian hasil keputusan, pandangan-pandangan, penemuan-penemuan dan kesimpulan atau syor-syor yang dikemukakan.
  • Jabatan Alam Sekitar hendaklah dimaklumkan terhadap sebarang data yang diperolehi daripadanya. Satu salinan yang berkaitan dengan bahagian atau seksyen dalam laporan atau penerbitan atau dokumen berkaitan dan data tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan dengan percuma.
  • Jabatan Alam Sekitar akan memantau dari masa ke semasa penggunaan data yang diminta oleh pemohon.
  • Pemohon yang terpilih akan diminta untuk membuat satu kolokium kepada Jabatan untuk membentangkan hasil daripada penggunaan data yang dimohon.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

August 14, 2017 @ 11:11 am

DOE Leaf