PROSEDUR PENGIMPORTAN SEKERAP LOGAM BAGI TEMPOH INTERIM SEHINGGA 31 OGOS 2021

Dimaklumkan bahawa, satu mekanisme kawalan bagi pengimportan sekerap logam akan dilaksanakan oleh SIRIM. Bagi tujuan ini, satu garis panduan baharu bagi pengimportan sekerap logam telah dibangunkan oleh MITI dan SIRIM.

Satu langkah interim akan dilaksanakan bagi membolehkan pihak industri menyesuaikan diri dengan garis panduan baharu ini. Di dalam tempoh interim ini sehingga 31 Ogos 2021, semua permohonan bagi mendapatkan surat ulasan pengimportan sekerap logam masih perlu dikemukakan kepada JAS di mana prosedur permohonan adalah berdasarkan garis panduan sedia ada yang telah diterbitkan oleh JAS.

Bermula 16 Julai 2021, pengimportan sekerap logam akan menggunapakai kriteria yang ditetapkan oleh SIRIM.

Untuk makluman pihak tuan, pemakluman berkaitan perkara ini boleh diperolehi melalui laman sesawang MITI.

Dilampirkan pengumuman dari MITI untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.