Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka dan Malaysian Institute for Debate and Public Speaking akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT Kali ke-27. Pertandingan ini disasar untuk menerapkan pembudayaan dan kecintaan alam sekitar ke arah kelestarian dan meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu alam sekitar di samping mencungkil bakat berpidato dalam kalangan mahasiswa.

Untuk makluman, pertandingan ini akan berlangsung pada 3-5 Ogos 2021 (atas talian) & 7 Ogos 2021 (pertandingan akhir, hybrid) mengikut norma baharu dengan pendekatan hibrid (dalam talian dan fizikal) mengikut Arahan Kerajaan yang berkuatkuasa serta pematuhan terhadap Standard Operating Procedure yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.