Penyertaan Malaysia melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) ke Ekspo 2020 Dubai akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai 20 Oktober 2020 hingga 10 April 2021.

Tema bagi Ekspo 2020 Dubai ini adalah “Connecting Minds, Creating the Future” dan Kerajaan Malaysia juga telah menetapkan tema “Energising Sustainability” (Memperkasa Kemampanan) untuk Pavilion Malaysia.