Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar telah diperakukan untuk Persijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 daripada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bagi tempoh 19 Mac 2013 – 18 Mac 2016. Skop pensijilan adalah Prosedur Memproses Laporan EIA dan Penguatkuasaan Syarat-Syarat EIA untuk dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat dan semua Pejabat-Pejabat JAS Negeri.

Sehubungan itu, Urusetia MS ISO 9001:2008 mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua warga JAS yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung  di atas segala usaha dan kerjasama yang telah diberikan yang membolehkan Jabatan dipersijilkan semula bagi tempoh sehingga 2016.

Sekian, terima kasih.