Logo Hari Alam Sekitar Negara 2016
PENERANGAN LOGO
LATAR BELAKANG PUTIH
Melambangkan keikhlasan dan kesungguhan masyarakat yang menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
REKABENTUK DAUN
Melambangkan peneraju pemuliharaan alam sekitar secara lestari untuk menarik segenap lapisan masyarakat menghayati dan menghargai alam sekitar.
WARNA DAUN
Warna-warna gabungan pada daun melambangkan keceriaan dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu untuk mengamalkan gaya hidup lestari bagi memastikan alam sekitar yang sejahtera. Warna tersebut juga diambil daripada warna logo NRE yang melambangkan program Hari Alam Sekitar Malaysia (HASN) anjuran dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).