• Bahasa Lain

Soalan Lazim Mengenai Buangan Terjadual

 

Buangan terjadual adalah apa-apa buangan yang mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang awam dan alam sekitar. Sebanyak 77 jenis buangan terjadual disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, dan pengurusan buangan tersebut hendaklah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan di atas.

Pengeluar buangan adalah pihak yang bertanggungjawab mengklasifikasikan buangan terjadual yang dihasilkan kerana pengeluar buangan mempunyai maklumat terperinci mengenai bagaimana buangan tersebut dihasilkan dan proses yang terlibat.

Buangan boleh diklasifikasikan dengan mendapatkan maklumat mengenai bagaimana buangan terhasil dan apakah bahan mentah yang digunakan dalam sesuatu proses berkaitan.  Dengan mengenalpasti punca buangan dan/atau ciri-ciri spesifik buangan tersebut, pengeluar buangan boleh menggunakan maklumat yang diperolehi dengan merujuk senarai buangan terjadual yang tersenarai di dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 untuk mengklasifikasikan sesuatu buangan dan kod SW yang sesuai.

Rujukan boleh dibuat kepada mana-mana Jabatan Alam Sekitar Negeri atau kepada Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.

Ya, pengendalian buangan terjadual adalah berbeza dengan buangan yang lain. Pengendalian buangan terjadual perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan hendaklah di peroleh kembali atau dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja.

Permohonan penstoran yang melebihi 20 metrik tan dan/atau 180 hari hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri dengan melengkapkan borang AS.STOR BT.2-2011berserta dokumen yang berkaitan.

Pengurusan khas buangan terjadual adalah satu kaedah pengurusan yang spesifik bagi sesuatu jenis buangan yang terbukti secara saintifik tidak mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi untuk memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, yang akan dicadangkan oleh pengeluar buangan, untuk dikecualikan daripada diolah, diperoleh kembali atau dilupus di Premis Yang Ditetapkan (PYDT) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar atau kemudahan di tapak. Peruntukan undang-undang berkaitan untuk pengurusan khas buangan terjadual adalah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

 

Permohonan pengurusan khas buangan terjadual boleh dikemukakan kepada Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dengan mengemukakan maklumat lengkap berdasarkan Garispanduan Permohonan Pengurusan Khas Buangan Terjadual, bersama-sama wang proses RM 300 dalam bentuk cek atau wang pos di atas nama “Ketua Pengarah Alam Sekitar”. Permohonan juga hendaklah disertakan dengan laporan analisis kimia yang membuktikan buangan terjadual yang dipohon tidak mempunyai ciri-ciri berbahaya. Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berkenaan di Seksyen Penilaian dan Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.

Dalam tempoh 4 minggu selepas Jabatan Alam Sekitar menerima maklumat lengkap dari pemohon.

Tidak, persampelan buangan terjadual untuk tujuan analisis kimia hendaklah dijalankan oleh pihak yang berkecuali dan berkelayakan.

Analisis kimia bagi buangan terjadual boleh dijalankan oleh mana-mana makmal yang berakreditasi dan berkecuali. Senarai terkini makmal yang berakreditasi boleh disemak melalui laman web Jabatan Standard Malaysia di www.standardsmalaysia.gov.my.

Pelupusan haram buangan terjadual adalah menempatkan, meletakkan atau melupuskan atau menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, diletakkan atau dilupuskan tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling.

Laporkan kepada JAS jika anda menjumpai tapak pelupusan haram buangan terjadual.  Sila berikan maklumat berikut:-

i)          Lokasi tapak;

ii)         Nombor pendaftaran dan jenis kenderaan yang disyaki;

iii)        Maklumat mengenai pihak yang terlibat.

Kesan utama sekiranya berlaku pelupusan haram buangan terjadual adalah:-

i)          Pencemaran kepada alurair, air bawah tanah, atmosfera dan tanah-tanah

ii)         Keracunan kepada manusia, tumbuhan dan hidupan lain

iii)        Kesan kepada kesihatan seperti penyakit barah

iv)        Merosakkan kulit dan tisu badan

v)         Kebakaran ditapak pelupusan

Prosedur memproses kelulusan bagi kemudahan baru Premis Yang Ditetapkan (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) melibatkan tiga (3) peringkat iaitu :

(a)          Kelulusan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) atau Kelulusan Penilaian Awal Tapak (PAT);

(b)          Kelulusan Kebenaran Bertulis (KB) ; dan

(c)          Kelulusan Lesen di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Permohonan-permohonan ini hendaklah dikemukakan di Pejabat JAS Negeri yang berkaitan.  Sila rujuk kepada Pejabat JAS Negeri yang berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan dokumen rujukan mengenai prosedur permohonan lesen bagi Premis Yang Ditetapkan (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Aplikasi sistem e-Consignment Note ini dibangunkan bertujuan untuk mewujudkan suatu kaedah penyimpanan dan pemerolehan maklumat secara atas talian yang sistematik bagi menggantikan sistem manual yang sedia ada. Penggunaan sistem ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012 ke atas semua pengeluar, kontraktor pengangkut dan penerima buangan terjadual. Sistem ini merangkumi semua transaksi buangan terjadual dan pengemaskinian maklumat Pemberitahuan Buangan Terjadual, Inventori, dan Nota Konsainan. JAS juga menyediakan program hands on training untuk memberi latihan kepada pihak industri berkenaan penggunaan sistem ‘e-Consignment Note’ ini dari semasa ke semasa. Untuk pertanyaan lanjut mengenai penggunaan aplikasi sistem ini oleh berhubung dengan pegawai in-chargedi Seksyen Kawal Selia Lesen JAS Ibu Pejabat di talian 03-8871 2132.

Pemohon hendaklah menghubungi JAS Negeri yang berkaitan bagi mendapatkan no. fail JAS bagi tujuan pendaftaran sistem e-Consignment Note.

Senarai kontraktor yang bertauliah yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk mengendalikan pengangkutan dan pelupusan buangan terjadual di Malaysia boleh diperolehi melalui laman web http://eswis.jas.sains.my/contractor/contractor_list.php

Konvensyen Basel Mengenai kawalan Pergerakkan buangan Berbahaya dan Pelupusannya merupakan perjanjian antarabangsa yang berkuatkuasa dan paling komprehensif di dalam pengurusan buangan berbahaya. Ianya menetapkan peraturan-peraturan untuk mengawal eksport, import dan pelupusan buangan berbahaya. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.basel.int

Jabatan Alam Sekitar  mengeluarkan surat  kelulusan bertulis bagi mengeksport atau mengimport buangan terjadual.

Buangan terjadual tidak dibenarkan dieksport kecuali:-

i)             Tiada kemudahan pemerolehan kembali yang berkemampuan untuk memproses buangan tersebut;

ii)            Buangan terjadual dieksport bukan bagi tujuan pelupusan.

Jabatan Alam Sekitar tidak membenarkan sebarang pengimportan buangan terjadual melainkan buangan terjadual tersebut digunakan sebagai bahan mentah dan ianya tidak dapat diperolehi di dalam negara

Bagi permohonan mengeksport atau mengimport buangan terjadual, pihak kilang hendaklah mengemukakan borang berikut:-

i)            Borang AS 14- mengimport buangan terjadual

ii)           Borang AS 15A- mengeksport buangan terjadual

Sila rujuk kepada Senarai Semak – Permohonan Untuk Mengimport atau Mengeksport Bukan Buangan Terjadual

Dalam tempoh 3 minggu

Mengikut alamat seperti dinyatakan dalam Senarai Semak – Permohonan Untuk Mengimport atau Mengeksport Bukan Buangan Terjadual

Perundangan berkaitan pengurusan tanah tercemar di Malaysia ada dinyatakan di bawah Seksyen 24, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu Sekatan Mengenai Pencemaran Tanahtanih.  Jabatan ini sedang merangka peraturan berkaitan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih bagi membolehkan Seksyen 24 dikuatkuasakan.

Jabatan Alam Sekitar dalam proses merangka deraf peraturan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih di Malaysia.  Jabatan ini akan memaklumkan kepada umum melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar ( https://www.doe.gov.my) mengenai penguatkuasaan peraturan tersebut.

Jabatan Alam Sekitar telah menerbitkan tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar di Malaysiapada Jun 2009.

Tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar di Malaysia ini masih berstatus garispanduan sehingga peraturan berkaitan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih diwartakan.  Penggunaan tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar ini adalah sangat digalakkan.  Jabatan ini mengalu-alukan maklumbalas dan penambahbaikan kepada tiga (3) siri Garispanduan Pengurusan dan Kawalan Tanah Tercemar ini sebelum ia dikuatkuasakan bersama peraturan berkaitan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih.

Orang perseorangan atau syarikat jururunding yang memenuhi keperluan kelayakan seperti dinyatakan pada perkara 4, Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 1: Malaysian Recommended Site Screening Levels for Contaminated Land merupakan pihak yang dibenarkan melaksanakan kerja-kerja penilaian dan pemulihan tanah tercemar di Malaysia.  Dimaklumkan bahawa keperluan ini hanya berkuatkuasa apabila peraturan berkaitan sekatan mengenai pencemaran tanahtanih diwartakan.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

September 20, 2019 @ 11:30 am

DOE Leaf