• Bahasa Lain

Kawalan Import Dan Eksport Hydrofluorocarbon (HFC)

Import dan eksport Hydrofluorocarbon (HFC) dikawal oleh Kerajaan Malaysia melalui kaedah permit (Approval Permit) yang dikawalselia oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia.

Para pengimport dan pengeksport bahan yang mengandungi HFC diwajibkan untuk berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Antara bahan yang mengandungi HFC adalah:

  • Bahan refrigeran (HFC-32, HFC-134a, HFC-143, HFC-404A, HFC-407C, HFC-410A, HFC-417A, HFC-507, HFC-508A)
  • Bahan Pengembang (HFC-245fa)
  • Agen Pemadam Api (HFC-227ea, HFC-23, HFC-125)
  • Agen Pelarut (HFC-43-10mee)

Borang pendaftaran boleh dimuat turun seperti di bawah. Kegagalan mendaftar akan menjejaskan peluang memperolehi permit import dan eksport bahan-bahan yang mengandungi HFC. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada:

Seksyen Perlindungan Ozon
Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Alam Sekitar dan Air
Podium 3, Wisma Sumber Asli,  25 Persiaran Perdana, 62574 Putrajaya.
Telefon: 03-8871 2000
Faks:   03-8888 4151
Email: amy@doe.gov.my/ khairani@doe.gov.my

Borang Pendaftaran Pengimport & Pengeksport Hydrofluorocarbon.

Dokumen rujukan :

PUA65
PUA70
PUA71

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

November 24, 2020 @ 12:31 pm

DOE Leaf