• Bahasa Lain

Pencalonan Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar 2017/2018

Anugerah Langkawi

ANUGERAH LANGKAWI- KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2017/2018

Pengurniaan Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar kepada warganegara Malaysia merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua – Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989. Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 dalam menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan selaras dengan Deklarasi Langkawi.

Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar memberi penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada individu warganegara Malaysia yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang alam sekitar, sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Ianya dihadiahkan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:

  •  Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;
  • Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan/atau antarabangsa; dan
  • Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang signifikan atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.

Mulai tahun 2008, pencalonan Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar dibuka setiap dua tahun sekali. Pencalonan anugerah ini mulai tahun 2010 telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu calon individu dan calon organisasi. Kategori organisasi merupakan kategori baru yang dibuka bagi menghargai dan memberi penghormatan kepada organisasi yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang alam sekitar. Sijil berserta sebuah “plaque” penghargaan dan wang tunai RM10,000 akan dihadiahkan kepada penerima -penerima anugerah ini.

Muat turun:

 

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

May 16, 2018 @ 3:14 pm

DOE Leaf