• Bahasa Lain

Pusat Pengurusan Maklumat Alam Sekitar

`Enviro Knowledge Management Centre

Jabatan Alam Sekitar telah melancarkan satu medium penyampaian maklumat iaitu Pusat Pengurusan Maklumat Alam Sekitar yang dikenali sebagai Enviro Knowledge Management Centre atau EKMC.

Pusat maklumat ini dibangunkan berkonsepkan sumber maklumat secara maya atau `digital library’ yang mengandungi pelbagai bahan-bahan penerbitan Jabatan Alam Sekitar seperti Laporan Tahunan, Laporan Kualiti Alam Sekeliling, Garis Panduan, buku, modul, keratan akhbar, majalah, brosur, risalah dan lain-lain yang boleh diakses secara mudah menerusi laman web https://enviro.doe.gov.my/ekmc/.

Dengan adanya penyediaan Enviro Knowledge Management Centre ini, adalah diharapkan masyarakat mendapat manfaat daripadanya dengan kemudahan untuk mengakses dan memperolehi bahan-bahan bacaan dan rujukan berkaitan alam sekitar.

 

`Enviro Museum

Jabatan Alam Sekitar juga telah melancarkan satu medium penyampaian maklumat yang mengandungi koleksi arkib maklumat berkaitan Jabatan ini seperti berikut:-

  • Aktiviti & Bengkel
  • Infrastruktur JAS
  • Kes-kes Alam Sekitar
  • Peralatan Teknikal
  • Peralatan GIS
  • Tokoh JAS

Laman web E-Museum boleh diakses di pautan berikut: https://enviro.doe.gov.my/emuseum/

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

July 7, 2020 @ 11:27 am

DOE Leaf