• Bahasa Lain

Mesyuarat Malaysia-Singapore Joint Committee On The Environment Expert Group (MSJCE-EG) 2021

Mesyuarat Malaysia-Singapore Joint Committee on The Environment Expert Group (MSJCE-EG) 2021 on Vehicular Emissions dan Straits of Johor (SOJ) Related Activities yang dianjurkan oleh National Environment Agency (NEA), Singapura sebagai tuan rumah telah berlangsung pada 07 April 2021 dan 08 April 2021 masing-masing. Susulan penularan wabak COVID-19 dan sekatan perjalanan ke luar negara, kedua-dua mesyuarat tersebut telah diadakan secara dalam talian.

MSJCE-EG merupakan satu platform di mana Malaysia dan Singapura dapat berkongsi maklumat, pandangan dan pengalaman dalam menangani isu-isu alam sekitar yang mempunyai kepentingan bersama. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Encik Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan Encik Cheang Kok Chung, Timbalan Ketua Pengarah Environmental Protection and Group Director of Clean Environment Group, NEA, Singapura.

Mesyuarat MSJCE-EG on Vehicular Emissions telah dihadiri oleh delegasi Malaysia yang diwakili oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JAS Negeri Johor.

Mesyuarat MSJCE-EG on SOJ Related Activities pula telah dihadiri oleh wakil pegawai JAS daripada Bahagian Air dan Marin, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Bahan Berbahaya, Bahagian Komunikasi Strategik, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan JAS Negeri Johor. Pegawai-pegawai dari agensi lain adalah terdiri daripada Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Lembaga Pelabuhan Johor, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Walaupun penularan COVID-19 masih aktif, kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura dalam menangani isu-isu alam sekitar yang mempunyai kepentingan bersama tetap diteruskan bagi memastikan perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dapat terjamin.

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

May 10, 2021 @ 2:22 pm

DOE Leaf