• Bahasa Lain

Matrik Cadangan Gubalan Baru Rang Undang-Undang Alam Sekitar

Sukacita dimaklumkan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sedang menggubal baru Akta Alam Sekitar bagi menggantikan Akta Alam Sekeliling 1974. Penggubalan baru Akta Alam Sekitar adalah amat penting bagi memperkukuh, memantapkan dan memudahcara pelaksanaan kerja penguatkuasaan ke arah lebih cekap selaras dengan perkembangan pengurusan dan pembangunan alam sekitar yang lebih lestari serta teknologi kawalan pencemaran dan seiring dengan hasrat Sustainable Development Goals.

Sehubungan dengan itu Jabatan Alam Sekitar mengalu-alukan sebarang cadangan , komen dan pendapat orang awam terhadap matrik cadangan gubalan baru Rang Undang-Undang Alam Sekitar.

Butiran Matrik Cadangan Gubalan Baru Rang Undang-Undang Alam Sekitar boleh dirujuk melalui Seranta Awam Atas Talian bermula 14 Mei 2019 sehingga 04 Jun 2019.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

May 17, 2019 @ 3:59 pm

DOE Leaf