JAS Terima Anugerah Asia Environmental Enforcement Awards Daripada UNEP
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima anugerah berprestij Asia Environmental Enforcement Awards daripada United Nations Environment Programme (UNEP) atas kecemerlangan penguatkuasaan dalam membanteras jenayah alam sekitar rentas sempadan.
Kejayaan Malaysia adalah hasil kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasa di negara ini yang telah membawa kepada kejayaan pemulangan sebanyak 254 kontena ke negara pengeksport dengan anggaran berat 5,512 Metrik Tan sisa plastik dalam tempoh Januari 2019 sehingga Disember 2020.