• Bahasa Lain

Hebahan Muat Turun Aplikasi : Mobile Indeks Pencemar Udara (MyIPU) Di Telefon Pintar

Selaras dengan komitmen berterusan Kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah melancarkan versi baharu MyIPU bagi paparan Indeks Pencemar Udara (IPU) di aplikasi telefon pintar melalui pautan berikut :

Aplikasi ini bertujuan untuk memaklumkan orang awam mengenai status terkini kualiti udara di seluruh negara dengan lebih pantas mengikut tahap-tahap tertentu iaitu Baik (IPU di bawah 50), Sederhana (IPU antara 51 hingga 100), Tidak Sihat (IPU antara 101 hingga 200), Sangat Tidak Sihat (IPU 201 hingga 300) dan Berbahaya (IPU melebihi 300).

Pengguna juga boleh muat turun aplikasi ini dengan mengimbas qrcode seperti dalam gambar di bawah :

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

October 16, 2017 @ 2:29 pm

DOE Leaf