• Bahasa Lain

Cadangan Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 (Fasa 1)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar sedang membuat pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Fasa I) di mana pindaan ini akan memberi fokus kepada elemen kompaun dan penalti. Pindaan ini bagi membolehkan tindakan tegas dapat diambil ke atas pelaku dan pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan kaji selidik bagi mendapatkan pandangan dan input daripada pihak-pihak berkepentingan dan orang awam mengenai cadangan pindaan terhadap jumlah penalti dan denda yang akan dikenakan kepada pelaku dan pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Tempoh pelaksanaan kaji selidik ini bermula  pada 16 Februari 2021 hingga 1 Mac 2021.

Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/Datuk/Dr./Tuan/ Puan adalah dipohon  untuk mengemukakan input dan pandangan terhadap cadangan pindaan sepertimana yang dinyatakan dalam Matrik Cadangan Pindaan dalam paparan Seranta Awam di pautan berikut: http://www.doe.gov.my/eparticipation/

Input dan cadangan serta sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/Datuk/Dr./Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Rojiah Binti Abu Bakar melalui email rojiah@doe.gov.my.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/Datuk/Dr./Tuan/ Puan dalam menjayakan kaji selidik Cadangan Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

February 24, 2021 @ 2:08 pm

DOE Leaf