• Bahasa Lain

Seminar Pematuhan Pengurusan Buangan Terjadual Di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan Kelab Sukan & Kebajikan JAS Kuala Lumpur (KASKUL) akan mengadakan satu Seminar Pematuhan Pengurusan Buangan Terjadual Di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang akan diadakan pada 1 November 2018 (Khamis) bertempat di Connexion Conference & Event Centre Bangsar South.
Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput ke seminar tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut mengenai seminar tersebut.
Untuk makluman juga, seminar ini melayakkan YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk mendapatkan sebanyak 6 CPD Hours yang diperakui oleh Institut Alam Sekitar Malaysia, EiMAS dan HRDF Claimable.
Pendaftaran secara online, YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan boleh klik pada link goo.gl/SaqLLG.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Puan Nor Hayati Mohd Idris di talian 03-92215543 sambungan 1501
atau En. Mohd Hafizuddin Hassan sambungan 1511.

Sekian, terima kasih.
Urusetia Seminar

  • jpg Brocure 1/2
    Date added: 19 September, 2018 3:09 PM File size: 67 KB Downloads: 265
  • jpg Brocure 2/2
    Date added: 19 September, 2018 3:09 PM File size: 102 KB Downloads: 245
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

October 19, 2018 @ 4:31 pm

DOE Leaf