• Bahasa Lain

Pertandingan Rekacipta Poster Digital Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2017

Syarat- syarat Pertandingan REKACIPTA POSTER DIGITAL SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2017

  1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi Malaysia yang menjadi ‘Rakan Alam Sekitar’ (RAS)
  1. Tema pertandingan ialah “NEGARAKU, ALAM SEKITAR KU”
  1. Pertandingan akan dimulakan pada 17 April 2017 (isnin) dan berakhir pada 17 Mei 2017 (Rabu).
  1. Sebelum menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah mengisi borang online yang dilengkapi Nama, Alamat, Nombor Kad Pengenalan,Nombor Telefon, e-mel, Nama Universiti atau Sekolah dan nombor keahlian Rakan Alam Sekitar bagi mengesahkan penyertaan pertandingan ini.
  1. Sila isi borang online disini  untuk pendaftaran. Setiap penyertaan peserta juga hendaklah dibuktikan dengan keahlian Rakan Alam Sekitar. Bagi peserta yang belum menjadi ahli Rakan Alam Sekitar, peserta boleh mendaftar secara online di laman web http://ras.doe.gov.my/portal/
  1. Semua penyertaan mestilah hasil karya sendiri, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya poster yang dihantar pernah memenangi atau menyertai pertandingan-pertandingan poster yang lain.
  1. Setiap peserta dibenarkan menghantar maximum 1 poster yang menggunakan Perisian Photoshop yang bersaiz 752 X 1063 (pixel) dan setiap poster mestilah mempunyai logo Jabatan Alam Sekitar. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan penyertaan anda dibatalkan.
  1. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain.
  1. Tarikh akhir penyertaan adalah jam 12.00 tengahari 17 Mei 2017 (Rabu)

 

Hadiah berupa wang tunai beserta sijil penyertaan akan diberi kepada pemenang-pemenang seperti berikut:

  1. Kategori IPT

Pemenang tempat pertama                                                RM 1,000.00

Pemenang tempat kedua                                                   RM    500.00

Pemenang tempat ketiga                                                   RM    3,00.00

  1. Kategori Sekolah Menengah

Pemenang tempat pertama                                                RM 1,000.00

Pemenang tempat kedua                                                   RM    500.00

Pemenang tempat ketiga                                                   RM    3,00.00

 

Hantar Poster pertandingan ke posterdigital@doe.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

April 28, 2017 @ 3:49 pm

DOE Leaf