• Bahasa Lain

Pertandingan Penulisan Esei Sekolah Menengah Sempena Hari Alam Sekitar Negera 2021

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan sokongan dan kebenaran penganjuran program oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Pertandingan Penulisan Essei Sekolah Menengah bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2021. Pertandingan ini merupakan platform JAS dalam aspek pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas dikalangan murid melalui penulisan esei. Ini adalah pendekatan norma baharu dalam mendukung hasrat kerajaan memerangi Pandemik COVID-19. Pertandingan ini juga diharap dapat menyumbang aktiviti berfaedah kepada murid-murid disamping menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) kini.

Untuk makluman, tempoh penyertaan pertandingan ini akan mula dibuka pada 21 Julai 2021 sehingga 20 Ogos 2021 (secara dalam talian). Borang dan syarat penyertaan boleh dicapai di pautan https://forms.gle/19YENok588Frno1x7 dan https://drive.google.com/file/d/1-NQ6AMVz2aYALYuSEUxRBtsTGlo5FiZT/view?usp=sharing.

#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#MalaysiaLestari2030
#SLAAS
#HariAlamSekitarNegara2021

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

August 2, 2021 @ 4:37 pm

DOE Leaf