• Bahasa Lain

Jemputan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 Bagi Projek-Projek Pembangunan

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan Kelab Sukan & Kebajikan JAS Kuala Lumpur (KASKUL) akan mengadakan satu Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Bagi Projek-Projek Pembangunan yang akan diadakan pada 24 Julai 2018 (Selasa) bertempat di Connexion Conference & Event Centre Bangsar South.

Sehubungan dengan itu,  YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput ke seminar tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut mengenai seminar tersebut.

Untuk makluman juga, seminar ini melayakkan YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk mendapatkan sebanyak 6 CPD Hours diperakui oleh Institut Alam Sekitar Malaysia, EiMAS dan HRDF Claimable.

Pendaftaran secara online, YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan boleh klik pada link goo.gl/68Vqer atau scan melalui QR code yang dilampirkan.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Unit Pencegahan & Kesedaran di talian 03-92215543.

Sekian

 

Terima Kasih

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

July 19, 2018 @ 3:51 pm

DOE Leaf