• Other Languages

Pemansuhan Bidang Rujukan Bagi Laporan Kesan Kepada Alam Sekeliling Bagi Aktiviti Yang Ditetapkan Di Bawah Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)2015

Selaras dengan hasrat Kerajaan dalam melestarikan pembangunan negara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meneliti ruang penambahbaikan bagi memperkemaskan prosedur penilaian kesan kepada alam sekeliling, Environmental Impact Assessment (EIA) yang dilaksanakan oleh Jabatan pada masa kini.

Dalam hal ini, bagi mengurangkan karenah birokasi tanpa mengurangkan kualiti kepada penilaian Laporan EIA tersebut, dimaklumkan bahawa penyediaan dan pengemukaan Bidang Rujukan, (Term of Reference, TOR) bagi aktiviti yang tertakluk di bawah Jadual Pertama Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 adalah dimansuhkan.

Download (PDF, 32KB)

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

July 22, 2021 @ 12:18 pm

DOE Leaf