• Other Languages

1MOCC – Satu Nombor untuk Semua Kementerian

1MOCC

1MOCC

.

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Panggilan 1 Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) kini memasuki fasa dua dengan penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013. Fasa satu 1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012 merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3. Majlis Pelancaran 1MOCC telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu projekNational Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensiKerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal, 03- 8000 8000.

4. Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 1MOCC, sila layari  laman web rasmi Kerajaan di alamat  www.malaysia.gov.my.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Nor Azean Binti Hasan
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Putrajaya
03-8886 1728

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

July 11, 2019 @ 10:38 am

DOE Leaf