• Other Languages

Environmental Week, Malaysia (MASM)

Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)

Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)

SEJARAH RINGKAS

Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan komenwel (CHOGM) pada 18-24 Oktober 1989 telah memperkukuhkan lagi pengurusan alam sekitar dengan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989. Sempena tarikh bersejarah ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengishtiarkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia. Sambutan ini diadakan selama seminggu dan dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).

OBJEKTIF MASM

Sambutan MASM juga telah dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan alam sekitar Negara. Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Objektif sambutan ini adalah untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai
  2. Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan
  3. Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.
Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

January 18, 2018 @ 2:38 pm

DOE Leaf