• Other Languages

Registration Scheme For Importers & Exporters Of HFC

NOTIS PEMBERITAHUAN

Penggunaan Hydrofluorocarbon (HFC) akan dikawal penggunaannya oleh Kerajaan Malaysia melalui kaedah permit import dan eksport (AP) yang dikawalselia oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Kawalan ini dijangkakan bermula sebelum 1 Mac 2019.

Para pengimport dan pengeksport bahan yang mengandungi HFC diwajibkan untuk berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.

Antara bahan yang mengandungi HFC adalah:
• Bahan refrigerant (HFC-23, HFC-32, HFC-134a, HFC-143, HFC-404A, HFC-407C, HFC-410A, HFC-417A, HFC-507, HFC-508A)
• Bahan Pengembang (HFC-245fa)
• Agen Pemadam Api (HFC-227ea, HFC-236fa, HFC-125)
• Agen Pelarut (HFC-365mfc, HFC-41)

Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar. Kegagalan mendaftar akan menjejaskan peluang memperolehi permit import dan eksport bahan-bahan yang mengandungi HFC. Tempoh pendaftaran bermula pada 1 Disember 2019. Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup pendaftaran iaitu pada 31 Januari 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Udara
Jabatan Alam Sekitar
Aras 4, Podium 3, Wisma Sumber Asli,
25 Persiaran Perdana
62574 Putrajaya

Tel: 03-8871 2286 / 2044
Faks: 03-8888 4151
Email: amy@doe.gov.my/ fauzi@doe.gov.my

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

December 10, 2019 @ 11:16 am

DOE Leaf