• Other Languages

Friends of Environment (`Rakan Alam Sekitar’)

Program Rakan Alam Sekitar

Program Rakan Alam Sekitar (RAS) telah dilancarkan pada 4 Jun 2009 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Rakan Alam Sekitar melibatkan anggota masyarakat secara `hands-on’ iaitu menjadi `mata dan telinga’ untuk membantu agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar.

Objektif Program Rakan Alam Sekitar adalah seperti berikut:-

  1. Memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat
  2. Menanam rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama
  3. Menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan

Aktiviti Rakan Alam Sekitar

Aktiviti menerusi Program Rakan Alam Sekitar turut dilaksanakan menerusi Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar seperti berikut:-

  1. Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS)
  2. Program `Projek Wira Alam’
  3. Program Sambutan Hari Bumi (Bersempena Hari Bumi pada 22 April setiap tahun)
  4. Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun setiap tahun)
  5. Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (Bersempena Hari Alam Sekitar Negara yang jatuh pada 21 Oktober setiap tahun)
  6. Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)
  7. Program Anugerah Langkawi
  8. Program Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi
  9. Program Pra-Sekolah Lestari
  10. Program Promosi dan Kesedaran Alam Sekitar kepada Orang Awam dan Industri (Seminar, Ceramah dan lain-lain)
  11. Pameran Alam Sekitar
  12. Program Kesedaran Alam Sekitar (Penanaman pokok, konservasi alam dan lain-lain)
  13. Sukarelawan Rakan Alam Sekitar dalam Penganjuran Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar

Ikrar Rakan Alam Sekitar

Bahawa Kami Ahli Rakan Alam Sekitar
Membuat Ikrar di Sini
Akan Menjalankan
Tugas-Tugas Sukarelawan Ini
Dengan Sepenuh Hati

Ke Arah ini Kami Akan:-

Menjadi Mata dan Telinga
Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Yang Bertanggungjawab
Dalam Membanteras Kegiatan-Kegiatan Yang Merosakkan
Atau Mencemarkan Alam Sekitar

Kami juga Akan Menjadi Penggerak Utama
Kepada Program-Program Serta Kempen-Kempen
Kesedaran Alam Sekitar di Kawasan Kami
Untuk Memberikan Kesedaran Alam Sekitar
Kepada Semua Lapisan Masyarakat,
Untuk Bertindak dan Mengambil Bahagian
Menjaga Alam Sekitar
Yang Kita Kongsi Bersama ini

Semoga Tuhan Memberkati Usaha Ini

Penyertaan Keahlian Rakan Alam Sekitar

Kumpulan sasaran penyertaan keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) terbuka kepada semua warganagera Malaysia tidak kira peringkat umur termasuk pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor awam / swasta, orang awam dan lain-lain.

Pendaftaran keahlian RAS boleh dibuat menerusi Borang Pendaftaran Keahlian yang boleh diperolehi daripada Urusetia Rakan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dan Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Pendaftaran keahlian RAS juga boleh dibuat secara atas talian menerusi Portal Rakan Alam Sekitar di pautan (Klik sini). Pendaftaran penyertaan keahlian Rakan Alam Sekitar diproses oleh Urusetia Rakan Akan Sekitar berdasarkan maklumat lengkap yang diperlukan.

Pendaftaran keahlian RAS menerusi organisasi seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, syarikat, persatuan, kelab dan lain-lain boleh dibuat dengan menghubungi Urusetia Rakan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat atau Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Rasional Logo Rakan Alam Sekitar

  • Bumi melambangkan alam sekitar yang kita sayangi
  • Animasi manusia yang berwarna hijau melambangkan masyarakat yang menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  • Animasi manusia yang berwarna biru melambangkan masyarakat yang memimpin usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  • Daun melambangkan ekosistem yang kita lindungi
  • Moto Rakan Alam Sekitar (RAS) ialah “Kami Mahu Gaya Hidup Lestari” / “We Want A Sustainable Lifestyle

Rasional Motto Rakan Alam Sekitar

Motto Rakan Alam Sekitar iaitu “Kami Mahu Gaya Hidup Lestari” membawa pengertian seperti berikut:-

  • Masyarakat menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri untuk mengamalkan gaya hidup lestari
  • Sebagai komitmen dari dalam diri setiap individu untuk menjaga alam sekitar
  • Transformasi bermula dari individu untuk memastikan alam sekitar yang sejahtera
  • Gaya hidup mempengaruhi kesan dan impak terhadap alam sekitar
  • Kemahuan diri sendiri membentuk peribadi yang murni terhadap alam sekitar

Video Logo dan Montaj Rakan Alam Sekitar

Tonton Video Montaj Logo Rakan Alam Sekitar di Pautan berikut:-http://bit.do/YouTubeLogoRakanAlamSekitar

Rakan Alam Sekitar di Media Sosial

 Ikuti Rakan Alam Sekitar di Media Sosial menerusi Facebook Rakan Alam Sekitar (https://www.facebook.com/rakanalamsekitar/?ref=settings) dan Instagram Rakan Alam Sekitar (https://www.instagram.com/rakanalamsekitar/?hl=en)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Laman Web Rakan Alam Sekitar di https://ras.doe.gov.my

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

December 11, 2019 @ 5:40 pm

DOE Leaf