• Other Languages

Sustainable Pre-school

Pendahuluan

Prasekolah merupakan salah satu sistem pendidikan di Malaysia dan ianya disediakan sebagai persediaan awal bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun memasuki alam persekolahan. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki sekolah rendah.  Konsep pembelajaran yang digunakan ialah `Belajar Sambil Bermain’ iaitu dengan menekankan aspek `Pembelajaran Bertema’ yang mana meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Pengenalan

Modul Kesedaran Alam Sekitar Prasekolah Lestari telah diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk pendidikan kanak-kanak prasekolah.  Tujuan modul ini diterbitkan adalah untuk mendidik kanak-kanak mengenai kepentingan alam sekitar.  Modul ini terbahagi kepada 2 set iaitu set TASKA dan TADIKA.

Program-program seperti seminar, bengkel dan sebagainya yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Program Prasekolah meletakkan kumpulan sasaran tertentu iaitu pegawai-pegawai yang terlibat dengan pendidikan prasekolah seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru serta kanak-kanak itu sendiri.  Program ini membantu guru-guru dalam mendalami isu alam sekitar dan seterusnya mampu untuk mendidik kanak-kanak prasekolah mengenai kepentingan alam sekitar.

Modul Kesedaran Alam Sekitar Prasekolah Lestari

Modul Kesedaran Alam Sekitar Prasekolah Lestari mempunyai 5 komponen utama alam sekitar iaitu udara, air, tumbuhan, haiwan dan kitar semula.  Ia juga dilengkapi dengan Manual Panduan Guru dan juga CD sebagai kemudahan guru-guru untuk mengulang cetak modul tersebut.

Modul Kesedaran Alam Sekitar Prasekolah Lestari yang telah diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar adalah seperti berikut:-

Senarai Modul Kesedaran Alam Sekitar Prasekolah Lestari (Tadika & Taska) (Klik)

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

October 16, 2019 @ 11:34 am

DOE Leaf