• Other Languages

Langkawi Award- Environmental Sustainability

Pengenalan

 

Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar merupakan anugerah berprestij Negara yang dikurniakan kepada warganegara Malaysia dan organisasi yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang alam sekitar melalui sumbangan yang besar dan signifikan ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan alam sekitar.

Program ini adalah salah satu daripada program yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) pada setiap tahun yang bermula pada tahun 1991, selaras dengan Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989. Bermula pada tahun 2016, program ini telah dianjurkan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN).

Objektif program ini adalah untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang telah berjaya

  1. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;
  2. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa; dan
  3. Membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang signifikan atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya

Pencalonan  anugerah ini dibuka kepada kepada individu dan organisasi di kalangan ahli Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC), Kerajaan Negeri, Syarikat-Syarikat GLC dan Swasta, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dan semua Kementerian yang sebahagiannya adalah Rakan Strategik JAS.

Penerima anugerah ini memperolehi sijil yang ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, plak penghargaan daripada Menteri MESTECC serta hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.00.


Senarai Penerima-penerima Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar Sejak Tahun 1991

 Anugerah Langkawi – Kelestarian Alam Sekitar 2017/2018

Bagi pelaksanaan program tahun 2017/ 2018, proses pencalonan telah dilaksanakan pada 1 Mac – 15 Jun 2018, manakala majlis penganugerahan pula telah diadakan pada 8 November 2018 di Putrajaya Marriott Hotel sempena HASN 2018 yang disampaikan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Menteri MESTECC. Penerima anugerah bagi kategori individu ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar, Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) manakala penerima bagi kategori organisasi ialah Sime Darby Plantation Berhad.

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

July 11, 2019 @ 10:38 am

DOE Leaf