Titik panas yang dikesan akan disiasat dibawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Di Sumatera, Indonesia 13 titik panas (hotspot) yang dikesan dan 1 titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan, Indonesia.

Bacaan IPU terkini setiap jam boleh dirujuk di laman web JAS di pautan http://apims.doe.gov.my  atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi  MyIPU di Android ‘Google Play’ dan di Apple ‘App Store’. JAS sentiasa memantau status kualiti udara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 ini. Berdasarkan pemerhatian JAS, IPU di  kawasan-kawasan bandar utama menunjukkan bacaan baik dan sederhana sepanjang masa.

KENYATAAN-MEDIA-KUALITI-UDARA-21-MAC-2020-pro