• Other Languages

OPS Gerak Lembah Klang

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ingin memaklumkan bahawa Operasi Gerak (Ops Gerak) terus diperhebat melalui Ops Gerak Lembah Klang yang diadakan hari ini.  Ops Gerak merupakan salah satu inisiatif JAS yang bertujuan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemeriksaan kenderaan bermotor untuk memastikan kenderaan ini mematuhi standad pelepasan asap dan gas pencemar yang ditetapkan.

Ops ini dilaksanakan di seluruh Malaysia setelah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar Dan Air pada 9 Julai 2020. Ianya susulan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan pergerakan kenderaan merentas negeri semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ops ini bertujuan untuk memastikan pencemaran daripada kenderaan bermotor dibendung supaya udara kekal bersih selepas tempoh PKPP dan asap kenderaan tidak menyumbang kepada masalah jerebu setempat terutamanya di bandar-bandar besar.

Download (PDF, 130KB)

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

January 26, 2021 @ 2:18 pm

DOE Leaf