• Other Languages

Penggunaan sistem myCEP sepenuhnya pada 1 Mac 2021.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan Jururunding EIA,

Sebagaimana yang telah dimaklumkan di dalam Notis Kepada Jururunding Bil.1/2020, sebarang permohonan baharu dan pembaharuan jururunding EIA akan dilaksanakan melalui sistem myCEP.  Jabatan ini telah memberi tempoh masa bermula pada Jun 2020 untuk semua jururunding EIA berdaftar membuat pengesahan (validation) dalam sistem tersebut.

Sehubungan itu, sistem myCEP ini akan digunapakai sepenuhnya pada 1 Mac 2021 bagi menggantikan data sedia ada di dalam laman web Jabatan. Bagi yang masih belum membuat validasi, sila berbuat demikian selewat-lewatnya pada 28 Februari 2020 bagi memastikan data tuan/puan wujud di dalam sistem ini.

Sekian, terima kasih.

Best viewed using Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome and Safari with resolution 1280x768 pixels and above.
Last Updated:

February 24, 2021 @ 2:08 pm

DOE Leaf