• Bahasa Lain

Info Kesedaran Alam Sekitar

Hari Alam Sekitar Negara

LATAR BELAKANG HARI ALAM SEKITAR NEGARA ( HASN ) Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula dan inisiatif penambahbaikan yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Sambutan HASN pada hari yang istimewa ini bertujuan untuk mengajak seluruh masyarakat agar sama-sama […]

Hari Bumi

Hari Alam Sekitar Sedunia

Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun adalah satu platform antarabangsa bagi penganjuran program-program kesedaran awam yang disambut oleh lebih 100 Negara di seluruh dunia. Ianya telah diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai bermulanya Persidangan Stockholm 1972 untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan masyarakat ke arah pemuliharaan alam sekitar. Ianya juga […]

Program Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar

Program Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar Menerusi Memorandum Persefahaman Memorandum Persefahaman ini berfungsi sebagai suatu penyataan persefahaman dan hasrat untuk bekerjasama antara satu sama lain di mana pihak-pihak yang menandatangani MOU ini tidak terikat kepada apa-apa tanggungan atau liabiliti secara perundangan. Memorandum Persefahaman Kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar ini melibatkan dua (2) skop utama […]

Rakan Alam Sekitar

Program Rakan Alam Sekitar Program Rakan Alam Sekitar (RAS) telah dilancarkan pada 4 Jun 2009 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. […]

Kem Kesedaran Alam Sekitar

Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar

Program Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005. Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini […]

Pertandingan Pidato Alam Sekitar

Prasekolah Lestari

Pendahuluan Prasekolah merupakan salah satu sistem pendidikan di Malaysia dan ianya disediakan sebagai persediaan awal bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun memasuki alam persekolahan. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki sekolah rendah.  Konsep pembelajaran yang digunakan ialah `Belajar Sambil […]

Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi

Pengenalan   Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi pertama kalinya telah diadakan pada tahun 1986. Walau bagaimanapun ia menjadi acara tahunan bermula tahun 1991 setelah kerajaan Malaysia mengisytiharkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM). Ia merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Majlis Debat Universiti-Universiti […]

Anugerah Langkawi-Kelestarian Alam Sekitar

Pengenalan   Anugerah Langkawi- Kelestarian Alam Sekitar merupakan anugerah berprestij Negara yang dikurniakan kepada warganegara Malaysia dan organisasi yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang alam sekitar melalui sumbangan yang besar dan signifikan ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan alam […]

Penerbitan Jabatan Alam Sekitar

Jabatan   Alam Sekitar menerbitkan Laporan Tahunan dan Laporan Kualiti Alam Sekeliling secara berkala setiap tahun. Bahan Penerbitan yang berkaitan dengan kesedaran alam sekitar adalah seperti berikut: Brosur Kawalan Pelepasan Asap Petrol Kawalan Pelepasan Asap Diesel Larangan Pembakaran Terbuka Pelupusan Haram Buangan Terjadual Hentikan Pencemaran Sungai Lindungi Lautan Kita Jerebu E-Waste Poster Kami Mahukan Udara Bersih […]

Pusat Pengurusan Maklumat Alam Sekitar

`Enviro Knowledge Management Centre’ Jabatan Alam Sekitar telah melancarkan satu medium penyampaian maklumat iaitu Pusat Pengurusan Maklumat Alam Sekitar yang dikenali sebagai Enviro Knowledge Management Centre atau E-KMC. Pusat maklumat ini dibangunkan berkonsepkan sumber maklumat secara maya atau `digital library’ yang mengandungi pelbagai bahan-bahan penerbitan Jabatan Alam Sekitar seperti Laporan Tahunan, Laporan Kualiti Alam Sekeliling, Garis […]

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

December 14, 2018 @ 4:55 pm

DOE Leaf