• Bahasa Lain

Pengumuman – Kenyataan Akhbar

Syarikat Pengumpul Barang Lusuh Didenda Rm25,000 Kerana Mencemarkan Udara

Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pengumpulan barang lusuh didenda sebanyak RM25,000 bagi dua (2) pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen kerana  gagal mematuhi Notis Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Seksyen 31(1) & Seksyen 37(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap pengarah syarikat yang mengaku bersalah terhadap dua (2) pertuduhan berkenaan.

Syarikat Produk Makanan Dan Minuman Didenda Rm90,000 Kerana Mencemarkan Sungai

Sebuah kilang memproses makanan dan minuman telah dituduh di mahkamah hari ini dengan dua pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 kerana gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan yang sama.

JAS Selangor Tahan Operasi Premis Cuci Tong Drum Berisi Sisa Toksik Yang Menjadi Punca Air Parit Berbuih Putih Di Telok Gong, Selangor

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menyerbu sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Aktiviti di premis tersebut didapati menjadi punca kepada pembentukan buih berwarna putih di dalam parit di sekitar kawasan perumahan Taman Ubudiah.

Mesyuarat Ke-12 Parti-Parti Kepada Konvensyen Vienna Bagi Perlindungan Lapisan Ozon, Bahagian I Dan Mesyuarat Ke-32 Parti-Parti Kepada Protokol Montreal Bagi Bahan-Bahan Pemusnah Lapisan Ozon (COP12/MOP32)

Mesyuarat Ke-12 Parti-Parti Kepada Konvensyen Vienna (COP12) Bahagian I dan Mesyuarat Ke-32 Parti-parti Kepada Protokol Montreal (MOP32) telah berlangsung pada 23-27 November 2020. Susulan penularan wabak COVID-19 dan sekatan perjalanan ke luar negara, mesyuarat COP12/MOP32 telah diadakan secara atas talian. Preparatory Segment diadakan pada 23-26 November 2020 dan diikuti dengan High-Level Segment pada 27 November […]

Kes Penjenayah Alam Sekitar Pertama Dituduh Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

Dua orang telah dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang pada 23 November 2020 susulan insiden empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 yang dihenti tugas hingga menyebabkan gangguan bekalan air di Lembah Klang pada 10 November 2020 yang lalu. Kedua-dua tertuduh turut dihadapkan dengan lima pertuduhan lain di bawah […]

Malaysia Komited Dalam Perlindungan Lapisan Ozon Dan Iklim Bumi Melalui Ratifikasi Pindaan Kigali Di Bawah Protokol Montreal

Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal mengenai Bahan Penipis Lapisan Ozon di bawah Konvensyen Vienna bagi Perlindungan Lapisan Ozon. Instrumen bagi ratifikasi ini telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpusat di New York, Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2020 melalui Kementerian Luar Negeri. Ratifikasi ini menunjukkan komitmen negara dalam melindungi alam sekitar […]

Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Gantung Lesen Kilang Kelapa Sawit Sebabkan Pencemaran Sungai, Sungai Sembrong Kiri di Kluang, Johor

KLUANG – Pada 13 Oktober 2020, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kluang telah menerima aduan mengenai pencemaran air Sungai Sembrong Kiri yang menyebabkan air bertukar warna menjadi kehitaman. Pencemaran tersebut turut mengakibatkan penutupan loji Semberong Timur dan menjadi punca kepada gangguan bekalan air kepada penduduk persekitaran selama beberapa jam. Pada masa ini loji telah beroperasi sepenuhnya

Kejadian Tumpahan Minyak Di Pantai Cermin, Batu 10, Port Dickson & Tanjung Tuan, Melaka

PORT DICKSON – Pada 12 Oktober 2020, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima laporan daripada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Negeri Sembilan, Jabatan Laut Melaka, pengusaha hotel, nelayan dan penduduk di sekitar Port Dickson mengenai kejadian tumpahan minyak yang telah dikesan  sepanjang kira-kira dua (2) kilometer di Pantai Cermin, Port Dickson, Negeri Sembilan […]

Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka Gempur Tapak Haram Penyimpanan Sisa Toksik Berbahaya di Melaka

MELAKA – 10 OKTOBER 2020 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka  telah berjaya mengesan dan menyita tapak haram pembuangan sisa toksik dan bahan terjadual berbahaya di Jalan Pengkalan Perigi, Tanjung Kling, Melaka. Sisa toksik yang dikesan merupakan buangan terjadual enapcemar atau minyak yang disyaki dari loji penapisan minyak dengan kod SW314.

Operasi Gempur Cegah Isu Pencemaran Alam Sekitar

25 September 2020, PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya melalui Operasi Gempur di seluruh negara. Bagi tempoh Januari sehingga 18 September 2020, JAS telah melaksanakan 72 Operasi Gempur di seluruh Negara yang melibatkan pemeriksaan kepada 2,572 […]

Notis Pemakluman JAS Pengukuhan Prosedur Pemprosesan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling Di Bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

JAS Perhebat Pemeriksaan Pencemaran Kenderaan Bermotor Melalui OPS Gerak Lembah Klang

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ingin memaklumkan bahawa Operasi Gerak (Ops Gerak) terus diperhebat melalui Ops Gerak Lembah Klang yang diadakan hari ini.  Ops Gerak merupakan salah satu inisiatif JAS yang bertujuan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemeriksaan kenderaan bermotor untuk memastikan kenderaan ini mematuhi standad pelepasan asap dan gas pencemar yang ditetapkan. Ops ini dilaksanakan di […]

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Gempur Tapak Haram Pembuangan Sisa Toksik Dan Bahan Terjadual Berbahaya Di Lot 79721, Jalan Sijangkang Utama, Johan Setia, Klang, Selangor

 

Jabatan Alam Sekitar Tumpaskan Lagi Cubaan Import Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-Waste) Secara Haram Ke Malaysia

OPS Gempur Selangor 2020 Periksa Lebih 100 Kilang

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280x768 piksel.
Kemaskini Terakhir:

January 15, 2021 @ 3:11 pm

DOE Leaf