Pertandingan Pidato Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2018

Pertandingan Pidato Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dengan anjuran bersama Hengyuan Refining Company Berhad (HRC). Turut bekerjasama dalam penganjuran program ini adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) .

Pertandingan Pidato Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan Tahun 2018  telah diadakan secara atas talian menerusi media sosial Facebook bermula dengan peringkat saringan awal pada 10 Ogos – 15 November 2018, peringkat separuh akhir pada 25 September – 4 Oktober 2018 dan peringkat akhir pada 21 Oktober 2018. Pertandingan Akhir Pidato Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 ini juga dianjurkan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2018.

Program ini merupakan satu medium untuk pelajar meluahkan hasrat dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang alam sekitar kepada masyarakat. Selain itu juga, merupakan salah satu sistem pembelajaran alam sekitar secara tidak langsung kepada pelajar sekolah.

Objektif:-

  • Mencungkil dan mengasah bakat berpidato para pelajar melalui medium media sosial (Facebook);
  • Menyediakan platform kepada warga Malaysia terutamanya pelajar sekolah untuk berkongsi idea dan pandangan berkaitan isu alam sekitar;
  • Menggalakkan anjakan paradigma dalam membudayakan kecintaan terhadap alam sekitar melibatkan semua lapisan masyarakat; dan
  • Mengajak pelajar sekolah untuk berani tampil kehadapan dan memupuk keyakinan diri yang lebih mampan.