PENGUATKUASAAN PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT)

Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), premis yang ditetapkan adalah  ditakrifkan sebagai premis yang dilesenkan sebagaimana ditetapkan oleh Menteri di  bawah Seksyen 18, Akta 127. Premis yang ditetapkan tersebut merangkumi kilang getah  asli mentah, kilang kelapa sawit mentah dan kilang atau kemudahan pengolahan dan  pelupusan buangan terjadual seperti dinyatakan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling  (Premis Yang Ditetapkan)(Getah Asli Mentah) 1978, Perintah Kualiti Alam Sekeliling  (Premis Yang Ditetapkan)(Kelapa Sawit Mentah) 1977 dan Perintah Kualiti Alam  Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan  Terjadual) 1989.  

Operasi premis-premis ini adalah tertakluk kepada keperluan Seksyen 18, Akta 127 di  mana pemilik premis ini perlu mempunyai lesen daripada Jabatan Alam Sekitar bagi  menduduki dan/ atau menggunakan premis. 

Berdasarkan rekod JAS pada 1 Januari 2021, bilangan PYDT yang dilesenkan oleh JAS  adalah: 

  1. 463 kilang getah asli mentah 
  2. 54 kilang kelapa sawit mentah 
  3. 414 kilang/ kemudahan pemerolehan kembali, pengolahan dan pelupusan buangan  terjadual 

Pada tahun 2020, sebanyak 4,538 pemeriksaan telah dijalankan oleh JAS ke atas PYDT  yang dilesenkan di atas.