PENGUATKUASAAN PREMIS YANG BUKAN DITETAPKAN (PYBDT)

Premis yang bukan ditetapkan adalah merujuk kepada premis selain dari yang dilesenkan  oleh JAS di bawah Seksyen 18, Akta 127 iaitu selain daripada kilang getah asli mentah,  kilang kelapa sawit mentah dan kilang/ kemudahan yang menjalankan proses  pemerolehan kembali, pengolahan dan pelupusan buangan terjadual.  

Premis-premis ini merangkumi kilang-kilang dari pelbagai industri pembuatan dan  pengilangan, loji kumbahan, tapak pelupusan sisa pepejal dan sebagainya.  Pengoperasian premis-premis ini adalah tertakluk kepada Akta 127, Peraturan Peraturan, Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, dan pemakaian  perundangan tersebut adalah bergantung kepada operasi dan proses di premis masing masing. 

Berdasarkan rekod JAS pada 1 Januari 2021, bilangan PYBDT yang tertakluk kepada  Akta 127 adalah 56,207 di seluruh Negara.  

Pada tahun 2020, sebanyak 18,017 pemeriksaan telah dijalankan oleh JAS ke atas  PYBDT yang beroperasi di seluruh Negara.