JABATAN ALAM SEKITAR

JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBERITAHUAN AWAM PAMERAN PELAPORAN EIA
 
Pemberitahuan Pameran Awam Bagi Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling, Environmental Impact Assessment (EIA)
Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang menilai;

Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi

CADANGAN PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN JALAN DARI KG. BENG KE KG. RAJA INTAN SURAYA, HULU PERAK (FASA 2 – DARI KG. BATU RENG KE INTAN SURAYA), PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK TETUAN JABATAN KERJA RAYA PERAK.

Orang awam adalah dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemukakan maklumbalas berdasarkan penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut dalam tempoh pameran yang telah ditetapkan.
 

Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 27 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023 dan ulasan awam sehingga 12 April 2023 . Laporan EIA ini turut dipamerkan di pusat pameran awam terpilih atau boleh dirujuk seperti butiran dibawah:

Keterangan lanjut;
Urusetia EIA, Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Tel: 03-88712000
Faks: 03-8891045

E-mail: eiapenilaian@doe.gov.my