SIMPOSIUM PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DAN PEMERKASAAN PEMANTAUAN KUALITI ALAM SEKITAR - Together, Protecting the Environment
Sukacita dimaklumkan Simposium Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Pemerkasaan Pemantauan Kualiti Alam Sekitar – Together Protecting the Environment sempena Hari Bumi 2023 anjuran bersama KESAS dan Jabatan Alam Sekitar akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 15 & 16 Mac 2023 (Rabu & Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi: Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA
Simposium yang bakal diadakan ini menampilkan penceramah terkemuka seperti Encik Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Dr. Norhazni binti Mat Sari, Prof. Emeritus Dato’ ChM. Dr. Mazlin Mokhtar, ChM. Dr. Abdul Rani Abdullah dan penulis-penulis utama daripada buku terbitan Jabatan Alam Sekitar yang akan dilancarkan semasa simposium iaitu “Together, Protecting the Environment – Synergizing Stewardship and Commitments”
Semua pemain industri, perunding alam sekitar dan orang yang berwibawa (OYB) dijemput untuk menghadiri simposium ini dan peserta OYB akan memperolehi 12 mata jam CPD melalui sistem NRCEP. Sijil penyertaan kepada semua peserta akan diberikan melalui sijil digital (e-cert). Jom mendaftar segera!
Maklumat lanjut dan pendaftaran peserta boleh didapati melalui pautan https://tinyurl.com/mr3jf32c
#haribumijas2023
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama