Pertandingan Tesis 3 Minit Alam Sekitar (T3MAS) 2021

Program ini merupakan satu medium untuk pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) meluahkan hasrat dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang idea dan inovasi dalam kawalan pencemaran alam sekitar kepada pengetahuan masyarakat. Selain itu juga, ini juga meliputi salah satu silibus pembelajaran alam sekitar secara langsung kepada siswa IPT. Pertandingan ini adalah kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah program Dekad Bahasa Kebangsaan dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penyertaan telah dibuka mulai 29 September 2021 yang lalu. Ayuh, bersedia untuk kongsikan tesis anda yang berkaitan dengan alam sekitar bersama kami dengan menyertai pertandingan ini!

Hadiah lumayan menanti ada. Dapatkan syarat dan borang penyertaan seperti di QR Code di bawah.

#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#HariAlamSekitarNegara
#T3MAS2021