Seranta Awam Atas Talian

Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan perlu mengadakan seranta awam atas talian bagi semua draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan, dan lain-lain), tidak kira sama ada cadangan baru atau pindaan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen ataupun tidak. Sehubungan itu, laman web ini disediakan untuk memaparkan draf Undang – Undang / Peraturan-Peraturan / Perintah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Draf-draf ini hanya akan dipapar di laman web JAS selama 14 hari. Orang awam digalakkan memberi pandangan dan maklum balas kepada Jabatan Alam Sekitar sepanjang tempoh paparan tersebut.