Water and Marine

OBJEKTIF DAN FUNGSI

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Menyelaras dan menentukan dasar/polisi serta strategi penguatkuasaan pencemaran laut di peringkat antarabangsa.
  • Mengawal selia pelaksanaan program penswastaan air daratan, air marin, pulau-pulau dan air tanah.
  • Membuat validasi, analisis, laporan ke atas data-data marin dan membentuk serta mengemaskini standard kualiti air.
  • Menyediakan garis panduan dan peraturan operasi tetap.
  • Menentukan dasar/polisi, strategi dan program kawalan pencemaran daripada punca-punca tetap dan punca non-point
  • Menyelaras program-program kawalan pencemaran JAS Negeri.

I. OBJEKTIF SEKSYEN KONTINGENSI LAUT

PENGUATKUASAAN

  • Meminimakan aktiviti-aktiviti pembuangan sisa kotoran minyak di perairan negara oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Memastikan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran sisa kotoran minyak di ambil tindakan yang sewajarnya; dan
  • Membantu untuk mengurangkan risiko kesan-kesan negatif akibat daripada aktiviti-aktiviti pembuangan sisa kotoran minyak oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

KONTINGENSI

  • Mengadakan satu sistem tindakbalas serta merta yang telah diselaraskan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.
  • Mempertingkatkan kemampuan melawan tumpahan minyak dari segi peralatan dan kursus serta latihan kepada kakitangan yang terlibat; dan
  • Mengelakkan kesan-kesan buruk terhadap alam sekitar dengan mengawal, mengawasi dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap pencemar.

II. OBJEKTIF SEKSYEN PROGRAM KAWALSELIA PENGAWASAN

  • Membantu serta melaksanakan program pengawasan air daratan yang dijalan oleh Syarikjat ASMA.
  • Menjalankan pengauditan ke atas stesen-stesen pengawasan.
  • Menjalankan pengauditan ke atas kerja-kerja pengawasan oleh Syarikat ASMA.
  • Memantau rangkaian telaga pemantauan kualiti air tanah di seluruh Malaysia.
  • Telaga pemantauan dibina mengikut kategori gunatanah iaitu industri, tapak pelupusan sampah, pertanian, aktiviti luar bandar, padang golf, tapak penyimpanan radioaktif dan kawasan perbandaran.
  • Bilangan telaga pemantauan di seluruh Malaysia ialah 128 stesen.
  • Memantau kerja-kerja pengawasan kualiti air tanah oleh JAS Negeri.
  • Menjalankan pengauditan pengawasan air tanah.
  • Melaksana dan memantau kerja-kerja pengawasan air marin kebangsaan oleh JAS Negeri.
  • Memantau pengawasan air marin pulau-pulau oleh Syarikat ASMA.
  • Menjalankan pengauditan pengawasan air marin kebangsaan dan air marin pulau.
  • Menjalankan pengauditan terhadap kerja-kerja pengawasan yang dijalankan oleh Syarikat ASMA.

III. OBJEKTIF SEKSYEN DATA AIR

  • Meyimpan dan membekalkan data-data kualiti air daratan dan air tanah kepada pelanggan.
  • Membuat analisa ke atas data-data kualiti air daratan dan air tanah, membentuk serta mengemaskini standard kualiti air.
  • Mengawasi dan melaporkan status kualiti air daratan dan air tanah.

IV. OBJEKTIF SEKSYEN DATA MARIN

  • Menyimpan dan membekalkan data-data kualiti air marin.
  • Membuat analisa ke atas data-data kualiti air marin.
  • Mengawasi dan melaporkan status kualiti air marin.
  • Mengambil tindakan segera terhadap pencemaran yang berlaku.

V. OBJEKTIF SEKSYEN KAWALAN PUNCA-PUNCA TETAP

  • Meyediakan maklumat mengenai pelepasan bahan-bahan pencemar dalam sesuatu lembangan sungai.
  • Mewujudkan dan mengemaskini data-data inventori punca-punca tetap.
  • Mengira beban pencemaran bagi sesuatu lembangan sungai untuk dijadikan titik penentu bagi darjah pengurangan pencemar-pencemar yang dilepaskan.
  • Membantu bahagian penguatkuasaan dalam merancang aktiviti-aktiviti penguatkuasaan suapaya ianya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

VI. OBJEKTIF SEKSYEN KAWALAN PUNCA-PUNCA NON POINT

  • Mewujudkan dan meyelaras data-data inventori pencemaran punca-punca non-point mengikut aktiviti-aktiviti kerja tanah dan sumber pencemaran dari persekitaran.