Hotline: 1-800-88-2727

Piagam Pelanggan


MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN

"PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR - TANGGUNGJAWAB BERSAMA" 


"Kami semua adalah peka, prihatin dan sentiasa mengkaji semula setiap peruntukan undang-undang, peraturan, kaedah, piawaian, prosedur dan budaya kerja kami supaya tidak menjejaskan atau membawa kepada kesan-kesan negatif kepada pertumbuhan pembangunan yang berterusan;malah kami akan membawa pelbagai pembaharuan yang mungkin, untuk bersama-sama mencapai matlamat WAWASAN 2020 menerusi piagam pelanggan berikut:"

KELULUSAN PERANCANGAN PROJEK


·Keputusan permohonan Kebenaran Bertulis untuk membina Premis-Premis Yang Ditetapkan   (Buangan
  Terjadual) dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
· Keputusan permohonan Kelulusan Bertulis untuk memasang alat-alat pembakaran bahan api dan alat-alat
   kawalan pencemaran udara dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu.
· Keputusan ke atas Laporan EIA Awal yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 5 minggu.
· Keputusan ke atas Laporan EIA Terperinci yang lengkap dikeluarkan dalam tempoh 12 minggu.
· Keputusan Permohonan Penilaian Awal Tapak bagi pembinaan kilang baru dikeluarkan dalam tempoh 2
   minggu.

PENGELUARAN LESEN / KELULUSAN


· Keputusan permohonan lesen baru bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual
   dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
· Keputusan permohonan pembaharuan lesen bagi operasi kilang pemerolehan kembali luar tapak buangan
   terjadual dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu
   bagi permohonan melalui pos.
· Keputusan permohonan mengeksport buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu setelah menerima
   persetujuan daripada negara pengimport dan negara transit.
· Keputusan permohonan mengimport buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu
· Keputusan permohonan untuk mengimport dan mengeksport bahan kimia yang dikawal di bawah Konvensyen
   Rotterdam dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
· Keputusan permohonan pengurusan khas buangan terjadual dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.
· Keputusan permohonan lesen baru kilang getah asli mentah dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
· Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang getah asli mentah dikeluarkan serta-merta bagi pemohon
   yang hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
· Keputusan permohonan lesen baru kilang kelapa sawit dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.
· Keputusan permohonan pembaharuan lesen kilang kelapa sawit dikeluarkan serta-merta bagi pemohon yang
   hadir sendiri ke pejabat JAS atau dalam tempoh 1 minggu bagi permohonan melalui pos.
· Keputusan permohonan kelulusan jenis (type approval) bagi kenderaan berenjin petrol, diesel dan motorsikal 
  dikeluarkan dalam tempoh 4 minggu.

PENGUATKUASAAN


·Semua aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dipertingkatkan secara
   berterusan dan diperketatkan untuk menjamin pematuhan maksimum dan dijalankan dengan tegas, penuh adil 
   dan saksama.
· Setiap kompaun dikeluarkan serta-merta atau dalam tempoh 1 minggu.
· Semua kes tindakan mahkamah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh 6 bulan dari
   tarikh penyiasatan atau tarikh kesalahan dilakukan.

PENGADUAN AWAM


· Semua kes aduan disalurkan kepada pejabat JAS Negeri atau agensi-agensi lain yang berkaitan untuk tindakan
   penyiasatan pada hari yang sama aduan diterima.
· Akuan penerimaan dikeluarkan pada hari yang sama aduan diterima.
· Pengadu diberi maklum balas status aduan berkenaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
· Semua kes aduan berkaitan alam sekitar diuruskan secepat mungkin dan diselesaikan dalam tempoh 3 hingga
  30 hari
· Aduan kecemasan alam sekitar seperti kes tumpahan minyak di laut dan pembuangan buangan terjadual akan
  disalurkan sebaik sahaja aduan diterima kepada pejabat JAS Negeri atau Cawangan dan Pusat Penyelarasan
  Penguatkuasaan Maritim (kes tumpahan minyak sahaja).


PERHUBUNGAN AWAM


· Layanan kepada semua pelawat diberikan dengan serta merta atau selewat-lewatnya dalam tempoh 5 minit
   dengan penuh hormat dan bersopan santun.
· Semua temujanji dengan pegawai menepati masa. Temujanji yang perlu ditunggu atau diubah masa diberitahu
   dan tetamu akan diberi bahan-bahan bacaan terbitan JAS sementara menunggu.
· Maklumat data kualiti udara, air dan marin yang dipohon secara bertulis dikemukakan kepada pemohon dalam
   tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan diterima

PENGURUSAN KEWANGAN


· Semua pungutan hasil diuruskan segera dan resit dikeluarkan serta-merta.
· Bayaran bil dibuat dalam tempoh 14 hari.