Latar Belakang

Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan adalah  sebuah Perpustakaan Khusus Jabatan yang berperanan  untuk memberi sumber maklumat kepada kakitangan Jabatan dalam meningkatkan pengetahuan kaliber dan ikhtisas mereka. Pembukaan Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Puan Mariam Abd. Kadir iaitu Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1992  di Wisma Sime Darby.

Perpustakaan telah diletakkan dibawah Unit Perkhidmatan Maklumat, Bahagian Perancangan Pembangunan.  Walau bagaimanapun sebagai langkah ke arah menjayakan Program Promosi Kesedaran, Pendidikan dan Sebaran Maklumat Alam Sekitar, maka perpustakaan ini juga telah dibuka kepada orang awam khusus untuk rujukan maklumat sahaja.

Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar juga mempunyai cawangannya di  Negeri-negeri iaitu sejumlah 19 buah Perpustakaan yang diletakkan dibawah  pengawasan Perpustakaan di Ibupejabat.