KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN

JABATAN ALAM SEKITAR, KUALA LUMPUR

(KESAS)

 

UNDANG-UNDANG

 

Jabatan Alam Sekitar

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar

Aras 3-7, Blok C4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya

Tel: 88858200

 

 

Undang-undang Bagi

Kelab Kebajikan Dan Sukan Jabatan Alam Sekitar

Kuala Lumpur (KESAS)

 

 

Peraturan 1:

Nama dan Tempat Urusan Berdaftar

(a) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Kebajikan Dan Sukan Jabatan Alam Sekitar, Kuala Lumpur (KESAS), selepas daripada ini adalah disebut sebagai ‘KESAS' atau ‘KELAB' sahaja.

•  Alamat surat menyurat dan tempat urusan berdaftarnya ialah Aras 3-7, Blok C4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya atau satu alamat baru yang akan ditetapkan dari masa ke masa oleh Jawatankuasa dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan.

Peraturan 2:

Matlamat:

1. Mempereratkan hubungan mesra serta mewujudkan semangat kerjasama yang maksima di kalangan kakitangan Jabatan Alam Sekitar di dalam semua peringkat;

2. Memupuk dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang bersih, cekap dan amanah selaras dengan konsep kepimpinan melalui Teladan;

•  Menanam dan mempertingkatkan semangat displin di kalangan ahli-ahli dalam segenap bidang agar dapat mempertingkatkan daya pengeluaran;

•  Menjaga dan memelihara kesejahteraan kakitangan dengan menganjur berbagai aktiviti sukan, kebajikan dan sosial bagi memenuhi masa lapang untuk menjauhi diri dari unsur-unsur negatif yang boleh merosakan akhlak di kalangan ahli-ahli;

•  Mengembeling tenaga serta menganjur dan mengurus latihan sukan bagi keperluan acara-acara sukan di peringkat Kementerian dan kebangsaan;

•  Mengajur dan mengurus acara-acara sukan bagi memenuhi keperluan kakitangan berhubung dengan aktiviti tersebut; dan

•  Membantu pengurusan Jabatan di dalam menganjur dan menyelaras aktiviti-aktiviti kebajikan dan sukan kakitangan;

•  Membantu ahli-ahli dalam bentuk sumbangan tenaga atau derma bagi hal-hal kebajikan dan sosial seperti kematian, kelahiran, perkahwinan, kemalangan dan lain-lain.

* Tambahan kepada peraturan 2- sila lihat Lampiran

Peraturan 3 : (KEAHLIAN)

 

(a) Ahli Biasa

(i) Terbuka kepada semua kakitangan Ibu Pejabat Alam Sekitar, Kuala Lumpur

•  Layak mengundi dalam mesyuarat Agong Tahunan/Mesyuarat Agong Tergempar

•  Layak memperolehi kemudahan dan faedah yang ditetapkan oleh Kelab

•  Layak mewakili Jabatan Alam Sekitar dalam sebarang aktiviti sukan ataupun kebajikan

 

(b) Ahli Gabongan :

•  Kelab-kelab kebajikan dan sukan Pejabat-pejabat Alam Sekitar di Peringkat negeri yang didaftarkan boleh menjadi Ahli Gabongan Kelab.

•  Ahli-ahli Gabongan Kelab layak mewakili Jabatan Alam Sekitar dalam sebarang aktiviti sukan ataupun kebajikan di bawah naungan Kelab.

•  Ahli Gabongan kelab dikenakan bayaran tahunan RM10.00 bagi membiayai aktiviti kebajikan dan sukan yang melibatkan Kelab dengan Ahli-ahli Gabongan.

•  Kelab boleh menyumbangkan bantuan kewangan mengikut keperluan kepada Ahli Gabongannya jika Kelab Gabongannya sangat memerlukan bantuan kewangan bagi menjayakan aktiviti kebajikan dan sukannya.

•  Dua orang wakil dari Ahli Gabingan layak hadir, dicalon dan mengundi di dalam Mesyuarat Agong Tahunan/Tergempar Kelab.

•  Ahli Bersekutu

•  Terbuka kepada bekas pegawai dan kakitangan yang pernah bertugas di Jabatan Alam Sekitar

•  Layak memperolehi kemudahan dan faedah sama seperti ahli-ahli biasa tetapi tidak layak mengundi di dalam mesyuarat Agong tahunan/Tergempar

•  Layak mewakili kelab dalam sebarang aktiviti kebajikan atau sukan

 

Peraturan 4: (BAYARAN)

  •  Bayaran pendaftaran untuk menjadi ahli ialah sebanyak atau ringgit (1.00) sahaja

  •  Bayaran yuran bagi ahli-ahli biasa dan bersekutu hendaklah dijalankan secara bulanan dengan kadar berikut:-

Kumpulan A Tingkatan Tertinggi F ke atas RM10.00

Kumpulan A Tingkatan Tertinggi G RM 7.00

Kumpulan A Tingkatan Kanan RM 5.00

Kumpulan A Tingkatan Biasa RM 4.00

Kumpulan B Tingkatan Kanan RM 4.00

Kumpulan B Tingkatan Biasa RM 3.00

Kumpulan C Tingkatan Kanan RM 3.00

Kumpulan C Tingkatan Biasa RM 1.00

(Ahli Bersekutu) RM 6.00

 

* Pindaan kepada peraturan 4(b) – sila lihat Lampiran B

•  Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan oleh Kelab dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Peraturan 5 : (MESYUARAT)

•  Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah diadakan pada atau sebelum 31 Mac tiap-tiap tahun bagi membincangkan perkara-perkara berikut:-

•  Mengesahkan minit Mesyuarat Agong Tahunan yang lalu dan juga Mesyuarat Agong Tergempar

•  Membincangkan perkara-perkara yang berbangkit

•  Menerima dan meluluskan laporan tahunan dari Jawatankuasa dan juga penyata kira-kira tahunan yang telah diAudit.

•  Melantik ahli Jawankuasa yang baru bagi memimpin Kelab untuk tempoh yang berikutnya.

•  Melantik 2 orang Juru Audit kehormat.

•  Hal-hal lain.

•  Setiausaha kehormat adalah dikehendaki mengeluarkan notis memanggil Mesyuarat Agong tahunan Tergempar dalam tempoh tiga minggu sebelum mesyuarat diadakan. Bagi notis memanggil Mesyuarat Agong Tahunan, hendaklah disertakan salinan penyata kira-kira tahunan yang sempurna diaudit bagi tahun lalu.

•  Korum bagi Mesyuarat Agong Tahunan/ Tergempar adalah dihadiri oleh ahli/wakil yang layak mengundi tidak kurang dari 3 kaliganda jumlah ahli Jawankuasa.

•  Setiap keputusan yang dibuat di dalam setiap Mesyuarat Agong adalah berdasarkan 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir undian terbanyak dari ahli-ahli. Pengerusi mempunyai undi pemutus.

•  Sebarang usul yang hendak dibangkitkan ketika mesyuarat Agong/ Tahunan bolehlah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat secara bertulis sekurang-kurang 7 hari sebelum hari mesyuarat.

•  Sesuatu Mesyuarat Agong tergempar boleh diadakan oleh Jawatankuasa setelah menerima notis yang ditandatangani oleh1/3 dari jumlah ahli biasa yang berdaftar atau difikir oleh Jawatankuasa. Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa untuk mengadakan mesyuarat tersebut tidak lewat dari 3 minggu selepas Setiausaha Kehormat menerima notis berkenaan.

•  Jika Mesyuarat Agong tidak cukup korum selepas ½ jam dari masa yang ditetapkan, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh yang baru tetapi tiada lewat daripada 14 hari dari tarikh tersebut. Jika masih tidak cukup korum pada tarikh yang baru itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah mengadakan mesyuarat tersebut, tetapi tidak boleh meminda undang-undang atau sebarang peraturan Kelab.

•  Jika Mesyuarat Agong Tergempar atas permintaan ahli-ahli tidak mencukupi korum selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

 

* Tambahan kepada peraturan 6- sila lihat Lampiran B

Peraturan 7: (TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA)

•  Pengerusi

(i) Menjadi Pengerusi dalam mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Kelab.

•  Mempunyai undi pemutus dan menandatangani minit-minit mesyuarat bila diluluskan.

•  Menandatangani semua cek-cek Kelab bersama-sama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

•  Naib Pengerusi

(i) Memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

(ii) Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan oleh Kelab

•  Setiausaha Kehormat

(i) Menjalankan segala urusan harian kelab atas arahan Jawatankuasa

(ii) Menguruskan pendaftaran ahli-ahli

•  Menyimpan dan mengemaskinikan daftar ahli-ahli.

Setiausaha Kehormat hendaklah menyimpan buku daftar seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal, pekerjaan dan alamat majikan.

•  Menyediakan dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankausa dan mesyuarat Agong Tahunan/Tergempar. Setiausaha Kehormat hendaklah dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agong Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Kelab kepada Pendaftaran Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.

•  Menyediakan Laporan Tahunan.

•  Penolong Setiausaha Kehormat

(i) Membantu Setiausaha Kehormat dalam menjalankan segala urusan Kelab

(ii) Memangku jawatan Setiausaha Kehormat semasa ketiadaan beliau.

•  Bendahari Kehormat

(i) Mentadbir urusan kewangan Kelab di bawah arahan Jawatankuasa

(ii) Mengutip yuran dan wang masuk Kelab

(iii) Menyimpan daftar yuran, buku-buku akaun, surat menyurat mengenai kewangan, daftar penghutang-penghutang dan sebagainya.

•  Memasukkan kutipan ke dalam bank dengan secepat mungkin ( di dalam tempoh 48 jam ) dan wang tersebut tidak boleh digunakan untuk membayar perbelanjaan.

•  Bayaran yang melebihi RM 100.00 bolehlah dibuat dengan cek dan bayaran yang tidak melebihi RM 100.00 bolehlah dibuat melalui tabung wang runcit. Wang gantian dari tabung wang runcit hendaklah digantikan dari masa ke semasa dengan kelulusan Jawatankuasa Kerja. Bendahari Kehormat bertanggungjawab di dalam urusan ini di atas pertimbangan sendiri.

•  Semua cek dikehendaki ditandatangani oleh Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

•  Membentangkan semua penyata kira-kira pada tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong Tahunan.

•  Bendahari dibenarkan menyimpan wang ringgit tidak lebih RM 100.00 pada sesuatu masa. Baki hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank hendaklah dibuat di atas nama Kelab.

(f) Penolong Bendahari

•  Membantu Bendahari Kehormat dalam menjalankan tugas-tugas Bendahari.

•  Memangku jawatan Bendahari Kehormat semasa ketiadaan beliau.

(g) Setiausaha Sukan

•  Membantu di dalam semua urusan Kelab yang berkaitan dengan sukan.

•  Bertanggungjawab di dalam memanggil dan memilih Ketua-Ketua atau Wakil sesuatu permainan sukan dan menetapkan hari dan tempat latihan.

•  Boleh melantik seseorang Penolong Setiausaha Sukan jika perlu untuk membantu menjalankan tugas beliau. Penolong Setiausaha tidak berkuasa untuk mengundi di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa.

(h) Setiausaha Kebajikan

•  Bertanggungjawab untuk mengurus perkara kebajikan Kelab.

•  Boleh melantik seorang penolong jika perlu bagi membantu tugas-tugas beliau. Penolong Setiausaha ini tidak berkuasa untuk mengundi di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa.

(i) Setiausaha Penerbitan

•  Bertanggungjawab terhadap pengeluaran ‘News Letter', Laporan Diari Kelab, Risalah, Notis Pengumuman, Publisiti, Perhubungan Awam dan Edaran.

•  Boleh melantik seorang penolong jika perlu bagi membantu tugas-tugas beliau. Penolong Setiausaha ini tidak berkuasa untuk mengundi di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa.

 

* Tambahan kepada peraturan 7 – Sila lihat Lampiran A

Peraturan 8: (JURUAUDIT KEHORMAT)

(a) 2 (dua) orang yang bukannya pegawai Kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agong Tahunan sebagai Juruaudit Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.

(b) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa akaun Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agong Tahunan. Mereka harus juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa akaun Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

Peraturan 9: (KEWANGAN)

(a) Tahun kewangan Kelab bermula dari 1hb. Januari dan tamat pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

(b) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5,000.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 500.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

(c) Penyata darihal wang yang di terima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira mengikut undang-undang 8, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan, dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan berdaftar Kelab.

Peraturan 10 : (RAYUAN)

(a) Panel Juri Pengadilan untuk menbincangkan sesuatu rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli terdiri dari 3 orang iaitu yang terdiri dari Pengerusi atau Naib Pengerusi selaku Pengerusi dan 2 lagi adalah mana-mana ahli berdaftar yang tidak memegang sebarang jawatan di dalam Kelab.

(b) Rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat. Keputusan rayuan hendaklah dikemukakan selepas 2 minggu dan tarikh penerimaan notis rayuan tersebut.

Peraturan 11: (LARANGAN)

(a) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam kawasan Kelab: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kiow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan setengah, semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

(b) Kelab atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959

(c) Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Kelab atau Pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan dariapda pihak berkuasa berkenaan.

(d) Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Kelab kepada mana-mana ahli Kelab

Peraturan 12 : (PINDAAN UNDANG-UNDANG)

Undang-Undang kelab tidak boleh diubah melainkan dengan mendapat undian terbanyak di dalam sesuatu Mesyuarat Agong Tahunan atau Tergempar. Undian terbanyak dimaksudkan adalah mendapat majoriti lebih dari 2/3 dari jumlah ahli yang hadir dan layak mengundi. Permohonan untuk pindaan-pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftaran dibuat kepada Pendaftaran Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung/tergempar meluluskan pindaan-pindaan itu dan pindaan-pindaan hanya berkuatkuasa mulai tarikh yang dibenarkan oleh Pendaftaran.

Peraturan 13: (HAL-HAL LAIN)

Beberapa orang penaung/Penasihat boleh dilantik oleh Jawatankuasa. Mereka adalah terdiri daripada pegawai atasan yang berpengaruh bagi menaungi/menasihati pengurusan Kelab.

Dengan ini pelembagaan ini adalah disahkan oleh :-

................t.t....................... .....................t.t...........................

(GOH KIAN SENG, KMN) (MOHD SHARIFF B. MUSTAFA)

Pengerusi Setiausaha Kehormat

 

 

Tarikh : ............................ Tarikh : ................................