![]()
![]()
LAPORAN AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN KESAS 2006
JAWATANKUASA BIRO KEBAJIKAN KESAS
Pengerusi : Puan Hajah Kalsom Abdul Ghani
Setiausaha : Puan Normadiah Haji Husien
Ahli-ahli :
Encik Wan Abdul Latiff Wan Ja'afar Bhg. Sungai
Encik Suffian Abdul Rahim Bhg. Penilaian
Encik Zaidi Mohamed Bhg. Udara
Puan Mai Zainatun Nufus Jaffar- Bhg. Udara
Puan Rohani Jusoh Bhg. Bahan Berbahaya
Encik Mohd Hazlee Ramle- Bhg. Teknologi Maklumat
Puan Zaimah Ghazali EiMAS
Encik Mohd Kamarul Nawawi Bhg. Air dan Marin
Encik Moraes Shawang Bhg. Udara
Encik Azizul Jelon Bhg. Pentadbiran
Cik Rashidah Abd. Rahim Bhg. Udara
OGOS |
||
8 Ogos 2006 |
- Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan dan Sukan KESAS 1/2006-2008 Semasa mesyuarat ini Puan Hajah Kalsom Abdul Ghani iaitu Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan KESAS. Beliau dibantu oleh Puan Normadiah Haji Husien sebagai Setiausaha Biro. |
|
15 Ogos 2006 |
- Mesyuarat Biro Kebajikan KESAS 1/2006 Dua perkara utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini: Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tetap Biro- Perlantikan ahli telah dibuat dengan mengambil ahli sekurang-kurangnya seorang daripada setiap bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Perlantikan ahli dibuat bagi memudahkan dan menggalakkan setiap ahli KESAS daripada semua bahagian untuk mengambil bahagian di dalam semua aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh Biro Kebajikan. Membincangkan aktiviti yang akan dijalankan dalam tahun 2006. Antara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah : Sambutan Israk Mikraj Ceramah Sepanjang Bulan Ramadhan Tadarus Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran Sambutan Bulan Muharam Sambutan Maulidul Rasul Majlis Bacaan Yasin / Tahlil Arwah Ceramah Kesihatan/ Psikologi Lawatan Kebajikan; dan Sambutan Hari Keluarga KESAS/JAS Selain daripada aktiviti yang dicadangkan di atas, Biro akan meneruskan aktiviti memberi Sumbangan Kebajikan dengan amaun yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa KESAS Bil 4/2004 pada 8 Jun 2004 kepada ahli yang dinyatakan dibawah :- Kematian ( keluarga terdekat) - RM 100.00 Perkahwinan Pertama - RM 50.00 Kelahiran anak pertama - RM 50.00 Kemalangan dan masuk hospital melebihi 2 hari- RM 50.00 Biro difahamkan bahawa terdapat ahli yang masih belum menerima sumbangan seperti dinyatakan di atas untuk tahun 2006, oleh itu, adalah dihargai agar ahli yang berkenaan memaklumkan kepada Pengerusi Biro Kebajikan atau Setiausaha Biro Kebajikan agar ketetapan tersebut dapat diteruskan. Sekiranya dipersetujui oleh Jawatankuasa KESAS, mulai Januari 2007 Biro Kebajikan juga bercadang untuk memberi Kad Hari Jadi atau Cenderahati kepada setiap ahli KESAS.
|
|
SEPTEMBER |
||
7 Sep. 2006
|
Majlis Ceramah berkaitan Isra' Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Shahrin Zulkiply dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya. Ceramah telah diadakan di Bilik Cempaka, Aras 3, Blok Podium 3, Persint 4, JAS Putrajaya..
Seramai kira-kira 30 orang ahli telah hadir dalam ceramah berkenaan. Dalam ceramah tersebut Ustaz Muhammad telah mengupas beberapa perkara yang telah dialamai oleh Rasullullah S.A.W semasa Isra' Mikra' baginda. Ustaz telah menekankan beberapa perkara yang perlu diambil iktibar oleh umat baginda dalam kehidupan harian samada urusan di rumah, di tempat kerja dan untuk bekalan akhirat.
|
|
28 Sep. 2006 |
Ceramah Bulan Ramadhan bertajuk Ramadhan Satu Anugerah' yang disampaikan oleh Ustaz Norzaidan Hamad dari JAKIM. Ceramah telah diadakan di Bilik KESAS di Aras 4, Ibu Pejabat JAS Putrajaya.
Siri ceramah yang dijadualkan setiap hari Khamis iaitu pada 28 September, 5 Oktober dan 12 Oktober 2006 sepanjang bulan Ramadhan ini tidak dapat diteruskan berikutan sambutan yang dingin daripada ahli.
|
|
OKTOBER |
||
|
SELAMAT MENYAMUT DEEPAVALI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA ANGGOTA JAS KHUSUSNYA AHLI KESAS |
|
NOVEMBER |
||
6 November 2006 |
Dengan peruntukan Jabatan, Bahagian Pentadbiran dan Biro Kebajikan KESAS telah diminta untuk mengendalikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Perhimpunan Bulanan JAS yang akan diadakan pada 14 November 2006 bersamaan 22 Syawal 1427 Hijrah. Satu mesyuarat untuk membincangkan persediaan majlis berkenaan telah diadakan di Bilik Bunga Raya, Bahagian Pentadbiran JAS.
|
|
14 November 2006 |
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Perhimpunan Bulanan JAS. Semua perbelanjaan yang terlibat adalah dibawah tanggungan jabatan.
|
|
22 November 2006 |
Lawatan ke Hospital Selayang untuk melawat ahli KESAS Encik Chandra Mohan a/l Ramasamy yang telah mengalami kecelakaan. Sumbangan sebayak RM 50.00 telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Kebajikan dengan disaksikan oleh Setiausaha KESAS Encik Shafe'ee Yasin, Setiausaha Biro Kebajikan Puan Normadiah Husien dan ahli kelurga Encik R.C. Mohan. |
|
Disedia oleh:
Tandatangan :
Nama : Normadiah Haji Husien
Tarikh : 19 Disember 2006.
Disemak dan disahkan oleh:
Tandatangan :
Nama : Hajah Kalsom Abdul Ghani
Tarikh : 19 Disember 2006
Biro Kebajikan KESAS/nh/kag/191206