• English
Jabatan Alam Sekitar

Program Latihan Untuk Warga JAS

Program latihan yang dikendalikan di EiMAS merangkumi sebahagian besarnya kursus-kursus dalam perkhidmatan dan kursus pengenalan untuk pegawai-pegawai baru yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kompetensi kakitangan tentang kerja mereka serta mendedahkan pegawai-pegawai baru kepada aspek etika dalam perkhidmatan awam, bidang tugas dan tanggungjawab Alam Sekitar. Kursus-kursus yang disediakan adalah gabungan antara kursus-kursus yang sedia ada yang dikemaskini berdasarkan maklumbalas peserta kursus serta kursus-kursus baru berdasarkan keperluan yang telah dikenalpasti. Brosur-brosur kursus yang mengandungi maklumat lanjut tentang kursus akan diedarkan kepada pihak-pihak yang berkaitan sebelum kursus dimulakan dan penyertaan adalah berdasarkan kepada mereka yang mendaftar dahulu. EiMAS berhak untuk memilih peserta untuk sesuatu kursus berdasarkan kelayakan dan kesesuaian dengan bidang tugas yang dipohon. Permohonan untuk mengikuti program latihan anjuran EiMAS hendaklah dihantar kepada alamat berikut : Pengarah Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) Jabatan Alam Sekitar Malaysia Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Beg Berkunci No 24 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8926 1500 Faks : 03-8926 1700

Download (PDF, 222KB)